Monday, 30 July 2012

AKHIRNYA, PENANTIAN BERAKHIR!




Oleh : DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN

AKHIRNYA Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing membuat keputusan untuk keluar dari Barisan Nasional dan merapatkan diri dengan Pakatan Rakyat.

Walaupun BN Sabah merasa 'sedih' dan 'kesal’ dengan berita ini tetapi secara jujur dan ikhlas, respon yang saya dapati dari kalangan ahli-ahli BN ketika ini lebih kepada menghembuskan nafas kelegaan. Lega kerana satu episod lambaian 'bye-bye' politik yang terlalu lama dan yang penuh dengan babak-babak dramatik dan retorik yang memenatkan telah berakhir.

Dalam Twitter saya berjenaka, “sukan olimpik baru bermula hari ini, tetapi sudah ada rakyat Malaysia menang pingat emas acara LOMPAT!”

Kenapa Lajim dan Bumburing meninggalkan BN? Banyak spekulasi yang dibuat mengenainya. Daripada kekecewaan tidak mendapat apa yang dihajati di dalam BN kepada janji yang diumpan oleh pihak sebelah kepada tuduahan bahawa BN gagal mentadbir negara.

Apa pun sebabnya, itu adalah hak kedua-dua pemimpin tersebut. Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa pun berhak untuk menggunakan landasan yang disukai dalam perjuangan politik mereka.

Sejak akhir-akhir ini, pembangkang mendakwa Lajim mempunyai pengaruh di Beaufort dan perletakan jawatannya dalam UMNO akan memberi tamparan hebat kepada BN. Puluhan tahun menjadi wakil rakyat di jadikan alasan populariti tersebut.

Tetapi saya mempunyai pendapat berbeza. Pengaruh beliau di situ bukan semata-mata kerana populariti beliau sendiri tetapi kerana kekuatan parti UMNO yang menjadi pilihan kepada rakyat di Beaufort.

Majoriti rakyat Beaufort terutamanya pengundi Islam mempunyai pandangan jauh. Mereka mengundi parti bukan indidvidu. Sekadar seorang individu tidak akan dapat menjamin kepentingan mereka terjamin.

Membaca komen-komen dalam garisan masa Facebook saya, ramai yang menjangkakan akan berlaku pergolakan di dalam Pakatan Rakyat Sabah dalam masa yang terdekat ini. Lajim, kata mereka, sudah tentu akan menuntut tampuk kepimpinan Pakatan Rakyat jika beliau mahu menjadi Ketua Menteri Sabah.

Ada juga yang mengatakan bahawa Lajim mahu senarai calonnya digunakan untuk memastikan calon-calon pilihan beliau menjadi calon Pakatan. Tujuannya ialah untuk memastikan  tidak ada tentangan dari dalaman bila beliau mahu menjadi Ketua Menteri nanti.

Persoalannya bagaimaan pula dengan pemimpin awal dan veteren Pakatan Sabah yang selama ini berhempas pulas dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk berjuang di dalam Pakatan sejak 1998.

Bagaimana perasaan mereka jika ada orang luar dari parti mereka masuk dan diangkat menjadi pemimpin dan menentukan dasar-dasar parti tanpa individu-individu ini melalui pfoses pengorbanan yang perit dalam Pakatan? Sudah tentu mereka akan tidak berpuas hati dan akan menunjukkan protes mereka. Kita tunggu dan lihat samada telaan itu benar atau tidak.

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk membawa satu fakta yang menarik mengenai UMNO.  Ada yang hairna kenapa UMNO mampu bertahan lebih 70 tahun walaupun dalam sejarahnya ramai pemimpin kecil dan besar bertindak keluar parti, meletak jawatan atau bersara. Ada beberapa sebab.

Pertamanya UMNO ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana individu. Maknanya, ahli UMNO mendokong UMNO kerana dasar perjuangannya. Oleh sebab itu, individu sebesar mana sekalipun tidak menjadi perhitungan dalam perjuangan mereka dalam UMNO.

Berlainan dengan Pakatan rakyat. Padamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kepimpinan Pakatan, Pakatan akan mengalami krisis kepimpinan yang kronik. Pakatan adalah berasaskan individu bukannya kepada perjuangan.

Keduanya, struktur hierarki atau tatatingkat UMNO diolah sebegitu rupa untuk tidak terganggu gugat jika berlaku insiden pemimpin meninggalkan parti.

Bagi sesetengah orang luar yang kurang faham, sistem tatatingkat pelbagai UMNO contohnya Supreme Council, Perhubungan Negeri, Bahagian, Cawangan dan sayap-sayap dilihat sebagai redundant atau berlebihan. Tetapi sebenarnya itulah yang menjadi kekuatan UMNO kerana jika ada seorang pemimpin berpaling tadah, sistem berlebihan ini sukar untuk menjadi lemah dalam sekali gus.

Kalau ada pemimpin atasan meninggalkan parti, belum tentu sayap wanita, pemuda, puteri dan putera akan menyokong beliau dan struktur parti secara keseluruhan masih kekal.

Bagi Pakatan, oleh kerana kepetahannya bercakap dan aura sebagai penceramah, Anwar Ibrahim bercakap terus dengan ahli partinya tanpa perlu sistem Cabang, Negeri dan Pusat. Ini menyebabkan kurang pengikhtirafan penghormatan kepada sistem Cabang, Negeri dan Pusat mereka.

Ketiga, UMNO bukan parti bermusim. Jentera UMNO sentiasa berada dalam kaedah “berjaga-jaga” sepanjang tahun. Selain daripada mesyuarat dan aktiviti, jentera UMNO didedahkan kepada latihan strategi dan perancangan sepanjang masa. Tambahan pula pilihanraya kecil yang sering berlaku juga menjadi tempat latihan terbaik untuk jentera UMNO.

Dengan aktiviti sepanjang tahun sebegini, UMNO sebagai sebuah jentera politik sentiasa di dalam keadaan terbaik sepanjang tahun dan boleh diaktifkan bila-bila masa. Sudah tentu, bila ada wakil rakyat atau Ketua Bahagian UMNO meninggalkan parti, jentera UMNO masih kukuh dan efektif. Itu bezanya UMNO dari yang lain.

11 comments:

  1. Lajim and Bumburing have not made any statement regarding which party they plan to join after leaving BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi mereka akan jalinkan kerjasama dgn pakatan.

      Delete
  2. Hopefully the UMNO party will work harder to win the trust of the people before the next GE.

    ReplyDelete
  3. Sudah disahkan, Lajim punya jawatan kena revoked. Jadi terjawablah semua teka-teki.

    ReplyDelete
  4. Sama-sama kita nantikan sampai ke mana halatuju mereka selepas ini.

    ReplyDelete
  5. lebih baik keluar jika tak senang lagi dgn BN.

    ReplyDelete
  6. Jika itu keputusan mereka.. terima sahaja lah... itu sudah jadi pilihan mereka.

    ReplyDelete
  7. Sabah Puteri UMNO says the people's support for UMNO and the BN won't diminish despite Lajim relinquishing al his positions in UMNO . She says Lajim's sincerity as a politician is questionable because of his aim to join politics more for personal interest rather than defending the people in the constituency.

    ReplyDelete
  8. Deputy president of Sabah United Bisaya Association (PBBS), Karmalin Ombi, said most of the Bisaya community were in full support of Barisan Nasional under Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Chief Minister Datuk Musa Aman.

    ReplyDelete
  9. Sudah begitu lama isu ini dipermainkan akhirnya apa yang dikatakan itu menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  10. Menjadi beban saja Datuk Lajim terus didalam BN.

    ReplyDelete