SUMBANGAN…Musa
turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
BANYAKKAN amal ibadah dan jauhkan
melakukan perkara-perkara mungkar di bulan Ramadan Al-Mubaraq yang penuh
keberkatan ini dengan mengelakkan perbuatan mengumpat dan mencerca kerana ini
boleh mengurangkan pahala puasa yang kita kerjakan.
Bagi umat Islam yang
mengerjakan ibadah puasa selama sebulan, bukan sahaja menahan diri daripada lapar
dan dahaga, bahkan menjauhi segala perkara yang boleh membatalkan puasa kita,
khususnya dari segi tutur percakapan, melihat benda-benda yang boleh mengusik
jiwa kita dan sebagainya yang ada kaitan dengan ibadah puasa.
Ahli Parlimen Libaran, Datuk
Hj Juslie Ajirol berkata demikian kepada media sejurus selepas mengageh-agehkan
sumbangan bulan Ramadan kepada fakir miskin dan warga tua di Kampung Sibugal
Besar, Jalan Sungei Batang, Sandakan, kelmarin.
Sempena bulan yang penuh berkat
dan cabaran ini kata Juslie, kurangkan berpolitik dan banyakan ibadah supaya
amalan kita diterima di sisi Allah kerana kalau berpolitik di bulan Ramadan ini
memang tidak sunyi mengeluarkan kata-kata yang boleh mengurangkan pahala kita
yang berpuasa.
BERSALAMAN…Apakhabar?
Juslie bersalaman dengan Warga tua di majlis tersebut.
"Biarlah apa saja parti
pembangkang hendak cakap, hendak memfitnah kita, hendak mencaci kita. Biarlah
mereka yang tanggung dosa. Sebagai pemimpin, kita jalankan tugas kita yang dimanahkan oleh pucuk pimpinan
dan kewajiban kita sebagai umat Islam beribadah, bersedekah kepada orang yang
kurang berkemampuan dengan menghadiri majlis berbuka puasa, bersembahyang
berjemaah dan tarawih merupakan satu ibadah yang mulia,” tegas Juslie.
Tambah Juslie lagi, di musim
menjelangnya hari lebaran ini, kita tidak harus melupakan orang tua, fakir
miskin, anak yatim dan OKU. Jengoklah mereka di pusat-pusat tempat di mana mereka
tinggal, di samping membawa buah tangan yang dapat menggembirakan hati mereka.
Turut hadir pada majis
tersebut ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman; ADUN Gum-GUM Datuk
Hj Zakaria Hj Mohd Edris dan Ketua Pemuda Bahagian UMNO Libaran, Suhaimi Hj
Nasir serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.
Hopefully all Muslim politicians will be careful about what they say during the Pusas Month.
ReplyDeletebukan saja pada bulan ramadan, pada bulan2 lain pun kena mcm tu.
DeleteTrue. Do good always with sincere.
DeleteLeaders should not be easily affected by the Opposition attacks.
ReplyDeleteDon't forget the less fortunate when celebrating Hari Raya.
ReplyDeleteBetul..Abaikan apa yang pembangkang ingin katakan. Tidak perlu peduli apa yang mereka caci.
ReplyDeleteYang penting sekali berikan tumpuan dan keutamaan kepada kepentingan penduduk Sabah sendiri.
ReplyDelete