Sunday 29 July 2012

SABAH UNTUK PEMIMPIN SABAH YANG BAIK




TUARAN: Rakyat Sabah diajak agar memilih pemimpin yang tepat untuk negeri itu bukan sekadar "Sabah untuk orang Sabah sahaja."

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap "Sabah untuk orang Sabah sahaja." tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu.

"Kalau orang semenanjung juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan. Jadi saya sarankan, pilihlah pemimpin Sabah yang tepat dan baik dari kalangan orang Sabah," kata Anwar.

Beliau berucap di majlis pengisytiharan anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar Barisan Nasional (BN) dan menyokong Pakatan Rakyat.

Janji Pakatan

Dalam ucapan itu, Anwar juga mengulangi janji Pakatan Rakyat sebelum ini akan memberikan 20 peratus royalti minyak kepada semua negeri yang mengeluarkan minyak di negara ini termasuk Sabah.

Beliau yakin, dengan penjimatan dan urustadbir yang baik, kerajaan mampu menjimatkan RM20 bilion setahun dari ketirisan akibat salah guna kuasa dan korupsi sekarang ini.

Beliau juga mengumumkan, harga petrol akan diturunkan jika Pakatan Rakyat memerintah negara.

"Hari ini menang, esok saya akan umumkan penurunan harga petrol," kata beliau.

Beliau juga memberikan jaminan tidak akan melakukan politik dendam apabila Pakatan Rakyat menang nanti.

"Saya berpengalaman di penjara, dipukul, ditelanjang dan sebagainya. Mereka ingat bila kita menang kita akan lakukan semua itu.

"Tidak. Kita tidak akan lakukan politik dendam. Apa yang kita mahu adalah negara ini ditadbir dengan baik dan melaksanakan politik bersih," kata Anwar. (HarakahDaily)

8 comments:

  1. Of course Datuk Anwar will say that, he wanted the Sabahans to vote for him.

    ReplyDelete
  2. If PKR wanted to compete in Sabah, they must be careful of the opposition parties. SAPP and STAR are backstabbing PKR by asking the Sabahans not to give support to them even though they said they wanted to cooperate with PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The oppositions themselves could not make a good team. They can't be trusted.

      Delete
  3. rakyat tau memilih mana pemimpin yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Anwar bukan orang Sabah, jgn sokong dia.

    ReplyDelete
  5. Is it logic to allow Sabah be governed by those who were responsible for IC project in Sabah?

    ReplyDelete
  6. Kalau benar untuk Sabah kenapa perlu menyertai PR? Bukankah PR itu parti dari semenanjung.

    ReplyDelete
  7. Cakap Sabah untuk pemimpin Sabah. Kalau begitu bagus lagi piliha SAPP atau STAR dari PR. Tidakkan kerana janji Anwar menyebabkan Lajim menjual Sabah kepada PR.

    ReplyDelete