Monday, 30 July 2012

BUMBURING KELUAR BN KERANA PATI




Oleh : NOMY NOZWIR

KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing kelmarin mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.

Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,” kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.

Menurut Bumburing, peningkatan PATI adalah sekitar 390 peratus iaitu lebih tinggi dari Sarawak iaitu 146 peratus, jauh lebih tinggi dari kadar nasional.

“Dasar BN terhadap PATI ini sangat bahaya kerana berlakunya jenayah, menyukarkan penduduk asal mendapatkan peluang pekerjaan, dan mengancam keselamatan negara.

“Pada zaman Dr M (Tun Dr Mahathir Mohamad) dahulu, dasar memberi kad pengenalan kepada PATI kepada warga asing diberi sewenang-wenangnya.

“Pada sidang Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan bahawa dia akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tentang isu PATI ini, tapi sudah tiga kali beliau ke Sabah, namun tidak ada pengumuman ketika beliau di Sabah.

“Dan lebih 250,000 PATI ini datang mengundi bertopengkan nama sebagai orang asli Sabah seperti Kadazan Dusun, Murut, Bajau dan sebagainya,” kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO).

Beliau juga berkata bahawa sikap kerajaan negeri yang suka menghalau warga sendiri menyebabkan rakyat seperti pelarian di dalam negeri sendiri.

“Apabila rakyat mohon geran tanah, kerajaan negeri tidak bagi, tapi hantar bulldozer untuk runtuhkan rumah,” kata Bumburing lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Bumburing adalah salah satu contoh orang yang berani dan sanggup melepaskan semua kesenangan demi rakyat.

“Saya pernah berkata bahawa ada kejutan dari Sabah. Tetapi, kejutan yang saya maksudkan bukan sekadar Wilfred Bumburing atau Lajim Ukin, kejutan sebenar ialah datang dari rakyat Sabah sendiri,” katanya yang disambut dengan tepukan dan sorakan dari masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut yang hadir dalam majlis di Tuaran hari ini.

10 comments:

  1. Currently most news are about Lajim and Bumburing plas to leave the party, why are we focusing all our attention on these issues? Politicians jump ship is nothing new. The General Elections is getting nearer, we should focus on important issues instead of these two.

    ReplyDelete
  2. Now it's really up to the people whether they can trust these frogs or not to be their leader. Even Ronnie Klassen asked why PKR welcomed these recycled leaders into their party?

    ReplyDelete
  3. adakah dgn keluar BN masalah PATI akan selesai?

    ReplyDelete
  4. RCI akan ditubuhkan tak lama lagi untuk selesaikan masalah PATI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap RCI dapat selesaikan masalah Pati ini.

      Delete
  5. Jika pembangkang jadi pemerintah pun belum tahu masalah Pati ini dapat di selesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  6. The prime minister has confirmed that the terms of reference for the royal panel’s probe will be disclosed following his meeting with Sabah Barisan Nasional (BN) leaders.

    “I will announce on the 11th (of August),” he told reporters today when asked for a date.

    ReplyDelete
  7. Wasn't Anwar one of the culprits for IC project in Sabah?

    ReplyDelete
  8. Rasanya Bumburing keluar BN bukan kerana PATI. Mungkin ada sebab lain. Kalau benar kerana PATI, buat apa dia keluar lebih bagus dalam BN saja dapat menyuarakan dan terus bersuara. Kalau diluar didengarkah suaranya selepas ini.

    ReplyDelete
  9. Mungkin ada juga perjanjian Bumburing dengan Anwar ini. Mungkin tidak mustahil ini berlaku. Kalau Lajim ada sebab dengan Anwar.

    ReplyDelete