Oleh : OSIN DIKUN
KEHADIRAN lebih 20,000 orang
di majlis penuh bersejarah anjuran Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan
Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin di Kampung Kuando, Beaufort
mengulang sejarah 1994 kerana sejarah mencatatkan Lajim menyertai UMNO kerana 'dibeli'
Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kini sejarah berulang lagi
apabila Lajim mengumumkan tindakan meletakkan jawatan sebagai AMT UMNO dan
Ketua Bahagian UMNO Beaufort di hadapan Anwar Ibrahim, tetapi peliknya Lajim
masih menjadi Ahli UMNO dan Timbalan Menteri dan memilih untuk dipecat.
"Saya kecewa kerana
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hanya berjanji untuk membuat perubahan pucuk
pimpinan Barisan Nasional Sabah tetapi sehingga ke hari ini semua janji Najib
belum terlaksana," kata Lajim yang mendapat tepuk sorak daripada
penyokongnya yang datang sejak jam 2 petang lagi.
Menurut Lajim, kali ini
tidak siapa boleh mempertikaikan tindakannya kerana beliau bukan ditawarkan
habuan tetapi kerana tidak sanggup lagi menjadi 'Yes Man'; sebaliknya pemimpin
BN yang cuba membeli beliau agar kekal dalam BN.
"Saya tetap dengan
pendirian saya demi untuk mendesak kerajaan membangunkan Sabah yang serba
ketinggalan," kata Lajim lagi.
Seperti alasan Ahli Parlimen
Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, Lajim juga mempertikaikan
kegagalan kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI)
untuk menyiasat pemberian kerakyatan songsang di Sabah.
Lajim turut mendedahkan 'kronisme'
dan 'Nepotisme' begitu ketara di Sabah sehingga membuatkan beliau muak dengan
mutu kepimpinan BN dan UMNO Sabah.
"Oleh itu, saya
menguatkan tekad untuk melancarkan slogan TUKAR," ujar Lajim yang akhirnya
mencipta rekod baru dan berjaya memalukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa
Aman.
siapa untung? siapa rugi ?
ReplyDeleteBN untung, Lajim rugi.
DeleteRather than being fired, it's better to leave yourself, Lajim.
ReplyDeleteOr maybe Lajim is hoping to get sympathies from the Sabahans?
ReplyDeleteMau minta simpati dari rakyat?? rakyat sudah hilang kepercayaan kepada Lajim.
Deletenak jg tunggu dipecat, keluar sajalah.
ReplyDeleteLebih baik keluar saja, daripada di pecat.
ReplyDeleteStop being hypocrite la, Lajim..
ReplyDeleteSekali lagi Lajim dibeli oleh Anwar untuk PRu13 ini. Pada 1994 begitu juga. Sejarah berulang kembali.
ReplyDeleteApa pun tidak semestinya Lajim menyertai PR terus PR menang. Tidak semudah itu. Rakyat masih lagi dapat menerima kerajaan BN Sabah yang ada sekarang ini.
ReplyDelete