Saturday, 28 July 2012

AGEN PALSU KUTIP WANG PENDAHULUAN





TAWAU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk mengutip wang pendahuluan bagi tujuan penyambungan bekalan elektrik.

Pengarah Urusan SESB, Ir Abd Razak Sallim berkata sebarang bayaran pendahuluan untuk tujuan itu (jika ada) hanya boleh dibuat di kaunter pejabat SESB yang berdekatan dan anggota kerja SESB tidak dibenarkan menerima pembayaran bagi pihak SESB di luar pejabat.

"Akta Bekalan Elektrik Malaysia yang diluluskan kerajaan, memperuntuk pemegang lesen untuk mendapatkan wang cagaran daripada pelanggan bersamaan dengan anggaran dua (2) bulan penggunaan elektrik. Jumlah ini juga dikira berdasarkan purata penggunaan elektrik enam (6) bulan terakhir. Pengiraan amaun cagaran dibuat secara automatik melalui sistem pembilan elektronik SESB," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang menyebut ada pihak mengutip wang pendahuluan yang didakwa bagi tujuan penyambungan bekalan tenaga elektrik.

Menurut Abd Razak pembayaran wang cagaran menggunakan surat jaminan bank juga boleh dibuat setelah pelanggan membayar (minimum) RM1,000 daripada keseluruhan wang cagaran secara tunai. (Bernama)

No comments:

Post a Comment