Saudara Pengarang,
SAYA adalah suara rakyat
yang ingin memberikan cadangan sekirangnya ada ruang yang sesuai untuk isu
ketidak puas hati saya ini berhubung isu Elaun Wilayah untuk Rakyat Sabah.
Saya adalah bumiputera anak
jati Sabah dan berkhidmat dengan kerajaan persekutuan. Semasa saya ditempatkan
di Semenanjung Malaysia, saya dapati kelayakan Elaun Wilayah yang saya terima
adalah tidak setimpal dengan Elaun Wilayah rakan-rakan saya yang bekerja di Sabah
Dan Sarawak.
Sehubungan itu, saya mohon Sabahkini.net
dapat mencari maklumat dan menyelesaikan persoalan ini disebabkan kita rakyat 1Malaysia.
Setiap kali laungan 1Malaysia berkumandang saya berfikir, kenapa rakyat Sabah
diberikan perkhidmatan yang tidak setimpal dengan rakyat Semenanjung.
Bukan sahaja berkenaan elaun
wilayah, pegawai tertinggi di setiap jabatan kebanyakannya juga org Semenanjung.
Di mana perginya Pegawai orang tempatan Sabah? Adakah semua ini diatur oleh orang
Semenanjung?
Mohon agar Sabahkini.net
dapat mengetengahkan isu ini agar semua rakyat Sabah dapat merasa kemewahan
yang orang Semenanjung dan Sarawak kecapi selama ini.
Sekian, Salam Hormat,
MANGSA BIROKRASI
No comments:
Post a Comment