SILATURAHIM
... Musa semasa menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima sambil
diperhatikan oleh Juslie dan Zakaria pada majlis itu.
SANDAKAN: Ketua Menteri
Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata tanggungjawab sosial korporat yang
dilaksanakan Yayasan Sabah (YS) dan Sawit Kinabalu yang sentiasa tampil untuk
membantu rakyat di negeri ini khususnya menjelang bulan Ramadan al-Mubarak perlu
dijadikan sebagai contoh oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedia
ada.
Ini katanya,
syarikat-syarikat GLC turut memainkan peranan penting dalam membangunkan negeri
dan sekali gus membantu rakyat yang kurang berkemampuan.
Katanya, penghargaan dan
terima kasih wajar diberikan kepada syarikat-syarikat dan agensi berkenaan yang
begitu prihatin dalam menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan seperti
golongan kurang berkemampuan, Orang Kelainan Upaya (OKU), anak yatim dan warga
emas seterusnya meringankan beban menjalani ibadah puasa sepanjang bulan yang
penuh keberkatan ini
Beliau menyatakan demikian
ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan sempena Ramadan di Masjid
Al-Kudus, Peringkat 3 di Rancangan Sungai Manila, dekat sini, petang Jumaat
lepas.
Selepas majlis itu, Musa
yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga dan Ketua Umno
Bahagian Libaran turut berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat tarawih
bersama masyarakat di perkampungan berkenaan.
Dalam pada itu, Musa yang
juga Menteri Kewangan Negeri menegaskan kerajaan negeri sentiasa prihatin dalam
menyediakan pembangunan dan akan terus menghulurkan bantuan kepada rakyat di
negeri ini.
“Kita akan terus berusaha
membangun negeri ini bagi memastikan rakyat terus hidup dalam suasana aman dan
harmoni,” jelasnya.
Beliau turut mengingatkan
bahawa rakyat juga sewajarnya sentiasa mengutamakan perpaduan dan bersyukur
dengan nikmat pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kita juga harus mengambil
iktibar dengan keadaan di negara-negara luar yang mana sering berlaku huru-hara
dan pergolakan. Puncanya disebabkan perpaduan yang sudah terhakis. Tapi, di
negara ini kita dapat menjalani kehidupan yang tenteram,” katanya sambil
mengajak rakyat negeri ini sentiasa memperkukuhkan kerjasama dan bersyukur
kerana berada dalam negara yang aman damai.
Hadir sama, Ahli Parlimen
Libaran, Datuk Juslie Ajirol dan Adun Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris. (ST)
No comments:
Post a Comment