Tuesday 31 July 2012

JAMBATAN RM6.9 JUTA DI BANDUKAN LAMA




LALUAN.......Jambatan gantung yang menjadi laluan utama kepada pejalan kaki bagi menyeberangi Sungai Bayoyo dari kampung Bandukan Lama.

Oleh :  JOHAN AZIZ.

KENINGAU: Janji ditepati kerajaan Barisan Nasional (BN) kini menjadi realiti kepada rakyat daerah ini, terutama rakyat Bingkor yang selama ini telah menunggu sekian lama untuk pembinaan jambatan konkrit yang menyeberangi sungai Bayoyo ke Kampung Bandukan Lama dan Ulu Bandukan serta kawasan sekitarnya di sini.

Pada masa ini, penduduk dari sebelah bahagian sungai itu menggunakan jambatan bawah air sebagai laluan harian mereka ke tempat kerja manakala pejalan kaki menggunakan jambatan gantung yang terdapat di kawasan itu.

Walau bagaimanapun, apabila banjir besar sungai Bayoyo, ia tidak dapat dilalui bagi mana-mana kenderaan dan bagi mereka yang bekerja di jabatan-jabatan kerajaan akan menjadi beban untuk menyeberangi sungai yang sedang banjir.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman turut mengalami masalah ini semasa menghadiri Hari Keluarga Gunsanad pada tahun 2006 yang diadakan di Kampung Bandukan Lama terpaksa membatalkan hasratnya untuk menyeberangi sungai Bayoyo yang sedang banjir itu.

Hasrat beliau, selain merasmikan Hari keluarga itu yang diadakan di rumah budaya Kampung itu, Musa juga ingin menziarahi perkuburan Datuk Seri Panglima OKK Gunsanad Kina yang terletak kira-kira satu kilometer dari kampung itu.

Musa terpaksa mengambil keputusan menghadiri majlis itu yang diadakan di pusat peranginan swasta Taman Bandukan berhadapan dengan Kampung Bandukan Lama yang dipisahkan oleh sungai Bayoyo itu.

Atas keprihatinannya, Ketua Menteri telah mengumumkan sebuah jambatan konkrit yang berharga RM7 juta untuk kemudahan penduduk yang mempunyai kenderaan bagi menyeberangi sungai Bayoyo yang sering menjadi kesukaran terutama ketika sungai itu banjir besar.

Kerja-kerja pembinaan jambatan konkrit yang diumumkan Musa hampir enam tahun lalu kini berjalan lancar pada masa ini yang dijalankan oleh kontraktor Wijaya Daya Sdn Bhd, yang sepatutnya sudah bermula pada Mac 22 tahun ini tetapi hanya dijalankan awal bulan Julai ini.

Projek ini adalah di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya dan ia dijangka akan siap menjelang 21 September tahun depan.

Seorang jurucakap dari Jabatan Kerja Raya di sini memberitahu bahawa kos sebenar projek ini adalah RM6.9 juta.

Dengan siapnya projek ini, ia membuktikan bahawa kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang begitu prihatin dan memahami kehendak rakyat telah menepati janji kepada rakyat di sini terutama di kawasan Bingkor. (UB)

10 comments:

  1. kerajaan mmg menepati janji mereka terhadap rakyat. pembinaan jambatan tersebut akan memudahkan penduduk.

    ReplyDelete
  2. Semoga perancangan dan pelaksanaan dapat diuruskan dengan baik.

    ReplyDelete
  3. kemudahan yang diperlukan harus diuruskan terlebih dahulu agar penduduk dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

    ReplyDelete
  4. Good luck and hope all will going on smoothly.

    ReplyDelete
  5. Terbukti kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Kerja2 harus dipantau sentiasa untuk memastikan segalanya siap pada waktunya.

      Delete
  7. Akhirnya, menunggu selama 6 thaun sekarang telah dibina semula.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih dengan usaha untuk kemudahan penduduk di kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  9. Janji pasti ditepati. Itulah yang kerajaan ingin lakukan sekarang ini.

    ReplyDelete