Tuesday 10 July 2012

BEKAS PENGARAH HENRY GURNEY DIDAKWA




KENINGAU: Bekas Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau, Jaikol Gubal @ Samson, 55 dan tiga lagi saudaranya telah didakwa di Mahkamah Majistret Keningau di sini kelmarin atas tuduhan menyerang dua lelaki yang menjadi paparan di internet (Sabahkini.net) pada April tahun lepas.

Jaikol dan tiga lagi saudaranya, Joel Gubal, 44, Noel O’nell Joel, 24 dan Joey Joel, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Mohd Hafizi Abdul Halim atas dua tuduhan serangan terhadap dua orang lelaki pada kira-kira jam 11 malam pada 29 April 2011 di sebuah kedai runcit 24 jam di sini.

Bagi pertuduhan pertama, keempat-empat tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dibaca bersama-sama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 1 tahun penjara atau RM2,000 denda atau kedua-duanya.

Manakala bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 3 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Pegawai Pendakwa, Timbalan Pendakwa Raya Sabah Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin berkata, bagi pertuduhan pertama, Jaikol dan saudara-saudaranya memasuki kedai runcit 24 jam antara jam 11.00 malam hingga jam 12.00 tengah malam pada 29 April 2011 dan menyebabkan kecederaan kepada Koh Tze Hou, 24, dibahagian kepala.

Bagi pertuduhan kedua, beliau berkata, keempat-empat tertuduh didakwa kerana mencederakan Cheah Ping Xien, 24 menggunakan kepala tali pinggang, batang kayu dan kerusi plastik, yang jika digunakan sebagai senjata, mungkin boleh membawa maut.

Kesemua tertuduh, yang beralamat di Kuarters Kakitangan Sekolah Henry Gurney Keningau, tenang apabila pertuduhan dibacakan kepada mereka di bilik mahkamah yang penuh sesak dengan keluarga dan saudara- mara mangsa.

Kesemua tertuduh, yang diwakili oleh Peguam, Peter Jino Allion kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2, 000 dengan dua penjamin tempatan setiap seorang.

Kes itu akan disebut semula pada 3 Sept tahun ini.

SAKSIKAN VIDEO KLIP INI SEBAGAI IMBASAN KEMBALI

9 comments:

  1. kejadian itu ada video.. mgkin sukar mereka nak melepaskan diri.

    ReplyDelete
  2. hilang kewarasan sudah ka sampai membelasah orang??

    ReplyDelete
  3. Macam2 spekulasi tentang insiden ini. Ada yang cakap lelaki yang diserang ni yang memulakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua cerita2 itu pasti sudah termasuk dalam siasatan.. kalaupun benar bahawa mangsa yang memulakan dulu, kekerasan yang digunakan oleh bekas pengarah ini tetap menjadi kesalahan..

      Delete
  4. Tindakkan bekas pengarah ini memang tidak patut. pasti penjelasan perlu diberikan berhubung kes ini berlaku.

    ReplyDelete
  5. Semoga bekas pengarah itu akan disoal siasat atas tindakkan tersebut.

    ReplyDelete
  6. Akhirnya kes ni mendapat pembelaan.

    ReplyDelete
  7. biarpun dia pegang jawatan tinggi dalam jabatan kerajaan, tidak lari juga ba dari tindakan undang2..

    ReplyDelete