Sunday 29 July 2012

BN SABAH 'TENANG' DENGAN PELANCARAN SRF





Oleh : David THIEN

PEMIMPIN tinggi BN Sabah nampak seperti 'tenang' dengan berita pelancaran Barisan Pembaharuan Sabah atau Sabah Reform Front (SRF), yang dipercayai bakal diterajui oleh dua ahli Parlimen yang masih menjadi ahli parti komponen BN.

Kedua-duanya, Ahli Parlimen Tuaran yang juga Timbalan Presiden Upko, Datuk Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukim, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno  dijangka melancarkan parti itu hari ini di Tuaran, kira-kira 50km ke utara Kota Kinabalu.

Secara kebetulan, BN telah mengadakan satu majlis di Tuaran, semalam yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi BN negeri dan mereka kebanyakannya tenang mengenai perkembangan terkini.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu Malaysiakini bahawa parti baru mencerminkan kecergasan demokrasi di Sabah dan SRF mungkin akan mencairkan undi pembangkang.

"Jika ia adalah benar bahawa Bumburing akan memimpin parti baru itu, maka ia adalah bukti selanjutnya bahawa parti pembangkang, terutama Star dan SAPP, telah gagal untuk menawan imaginasi rakyat Sabah dengan retorik mereka," katanya.

Star dihidupkan semula oleh bekas orang kuat PBS, Datuk Jeffrey Kitingan manakala SAPP merupakan serpihan PBS yang meninggalkan BN pada 2008. SAPP diketuai oleh bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee.

Adalah difahamkan bahawa SRF akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pelancarannya akan dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

6 comments:

  1. BN takkan tergugat dgn pelancaran SRF, BN tetap akan kukuh.

    ReplyDelete
  2. mereka sertai Pakatan tak bermakna pakatan makin kukuh. Sabah bukan tempat sesuai bagi pakatan.

    ReplyDelete
  3. SRF pastinya tidak menggugatkan BN.

    ReplyDelete
  4. Sabah MPs Datuk Wilfred Bumburing (Tuaran) and Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) have openly declared their support for the opposition. The question now is, how effective is their rebellion?

    ReplyDelete
  5. Anwar needs the Muslim and Kadazandusun votes if he wants to win Sabah and its 25 parliamentary seats. Lajim is there to convince the Muslims while Bumburing is to do the same for the Kadazandusun.

    ReplyDelete
  6. Kerana tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan dengan penubuhan SRF ini.

    ReplyDelete