ANGGOTA Parlimen Petaling
Jaya Utara Tony Pua menyelar Ketua Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari
(SEDA) yang didakwanya tidak bercakap benar atau tidak tahu tahu menahu
berhubung proses tender kuota tenaga solar.
Pua membariskan beberapa
keperluan SEDA yang didakwa bertentangan dengan kenyataan pengerusinya Tan Sri
Fong Chan Onn, antaranya sama ada syarikat ditubuhkan sehari sebelum tarikh
akhir tidak boleh ditolak.
Antaranya, kata Pua,
keperluan untuk perjanjian penggunaan tapak untuk lokasi dicadangkan untuk
mengusahakan tenaga solar, pematuhan ketat kewangan seperti baki minimum wang
dan butir-butir pembiayaan.
"Bukan mendedahkan
bagaimana kriteria teknikal dan komitmen kewangan, Fong Chan Onn sebaliknya
mengugut untuk menyaman fitnah saya.
"Berdasarkan kenyataan
(Fong) ini, sama ada ada beliau tidak tahu menahu atau tidak bercakap benar
kepada semua orang," kata Setiausaha Publisiti DAP dalam kenyataan hari
ini.
SEDA pada 13 Julai lalu
bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Pua berhubung dakwaannya
bahawa tender bagi kuota bekalan tenaga solar diberi kepada syarikat yang tidak
berkelayakan.
Walaupun enggan mengulas
persoalan yang ditimbulkan, Fong bagaimanapun berkata kenyataan Pua merupakan
tuduhan serius terhadap beliau.
Fong berkata dimaklumkan
bahawa penasihat undang-undang Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan
meneliti kenyataan Pua sebelum membuat keputusan tentang tindakan yang akan
diambil.
No comments:
Post a Comment