TAHAN....Blogger
Uncle Seekers bersama teman wanitanya ditahan polis dalam satu operasi
berhampiran Tol Senawang.
Oleh : FMT Staff
PETALING JAYA: “Agak pelik
blogger Uncle Seekers ditahan polis hanya berdasarkan tulisannya yang bercorak
gosip,” kata Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard dalam satu kenyataan media hari
ini.
Blogger Uncle Seekers atau
nama penuhnya Syed Abdullah Syed Husein bersama teman wanitanya ditahan polis
dalam satu operasi berhampiran Tol Senawang pada waktu malam semalam.
Ketua Cabang PKR Rembau itu
menyoal “kenapa tidak dipanggil sahaja beliau untuk menyerah diri di Balai
Polis?”
Menurutnya, Uncle Seekers
bersama teman wanitanya ditahan reman selama 10 hari.
Katanya, mungkin perintah
tahanan reman 117 Kanun Acara Jenayah ada alasan digunakan ke atas beliau yang
merupakan pemilik blog tersebut.
“Tetapi apa kena mengena
teman wanitanya turut ditahan reman sehingga 10 hari juga,” soal beliau yang
juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia.
Rahsia rasmi
Ujarnya, “kenyataan polis
yang menyatakan kertas siasatan dibuka dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 juga
menimbulkan tanda tanya.
“Apa rahsia rasmi yang
didedah sehingga serius sangat? Adakah jumlah kenderaan individu tertentu atau
gambar kereta atau gambar individu tertentu dengan kekasihnya tertakluk dalam
rahsia rasmi kerajaan?,” tanya beliau.
Menurutnya, penahanan Uncle
Seekers dipercayai ada kaitan dengan dakwaan beliau bahawa beberapa pegawai
tinggi polis terlibat dengan salah laku atau kesalahan.
“Tetapi melaporkan kes
kerabat Johor menyerang kerabat Negeri Sembilan sehingga melibatkan kes culik,
mencedera dan gaduh gempar tempat awam terkandung dalam akta rahsia negara?,”
soal CheguBard.
Beliau berkata, jika Uncle
Seekers menghina raja dan terkandung dalam undang-undang ia merupakan kesalahan
maka beliau wajar dihadapkan ke mahkamah dan mendapat perbicaraan sewajarnya.
“Kita berharap pasukan polis
dan Peguam Negara juga boleh bertindak sebegini serius khususnya dalam
menangani laporan-laporan yang melibatkan kepentingan rakyat terbanyak seperti
rasuah dan kehilangan wang negara,” ujar beliau.
No comments:
Post a Comment