Friday 27 July 2012

IN-PRESS DESAK POLIS SIASAT BUKU IC PALSU






LAPOR... Jamal Sulai (tengah) diringi oleh Pengerusi AMANAH Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih (kiri) bersama Maarof seorang ahli In-PRESS selepas membuat laporan Polis.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

KOTA KINABALU : Pengerusi Institut Pemikiran Reformasi Rakyat Sabah (In-PRESS), Jamal Sulai telah membuat laporan polis kelmarin terhadap beberapa individu yang dinamakan dalam sebuah buku sebagai memperolehi Kad Pengenalan (KP) melalui cara yang meragukan.

Beliau berkata, ini juga untuk membolehkan mahkamah mengunakan injuknksi untuk menghalang Individu-idividu ini daripada mengunakan KP mereka untuk mengundi dalam pilihan raya umum yang akan datang dan untuk banyak lagi tujuan lain.

Beliau merujuk kepada nama-nama yang disebut dalam buku "IC Palsu : Merampas Hak Anak Sabah" yang ditulis oleh Mutalib M.D.

Dalam buku itu, Mutalib mendakwa ramai pendatang tanpa izin entah bagaimana telah berjaya memperolehi KP Malaysia, katanya, sambil menegaskan yang kelihatan seperti mereka berkongsi perincian tertentu dengan KP yang sudah sedia ada.

"Selepas membaca buku Mutalib itu, saya dapati semua maklumat di dalamnya adalah betul," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Karamunsing, Kota Kinabalu.

Semasa membuat laporan polis itu Jamal telah diiringi bersama oleh Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih.

Jamal yang juga Bekas Pengarah Jabatan Hal hwal Khas (JASA) Sabah  berkata, buku itu penting baginya kerana beliau berasal dari kawasan Silam, Lahad Datu dan sebahagian daripada nama yang disebut dalam buku Mutalib itu dikatakan 'berasal' dari Kawsan Silam.

Beliau berharap, melalui laporannya itu, polis akan mengambil tindakan lanjut dan makhamah mengeluarkan injunksi bagi menghalang individu-individu berkenaan daripada mengunakan dokumen pengenalan mereka terutamanya untuk mengundi pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Dengan dokumen pengenalan Malaysia itu, penama berkenaan boleh berpeluang mengeluarkan wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dimiliki oleh pemegang dokumen pengenalan asal.

"Sehubungan itu saya meminta kerajaan menyelesaikan masalah ini sebelum  pilihan raya umum, terutamanya di Sabah sejajar dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI)," katanya.






Tambah Jamal, salah seorang daripada tokoh penting yang dilaporkan memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan ialah Ketua Penerangan UMNO Silam, Sharif Saidi Sharif Alawi (gambar dibesarkan) dan majoriti Ketua Cawangan UMNO Silam.

Jamal juga menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan ada sesetengah pihak yang akan mengunakan isu dokumen palsu ini  untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum yang akan datang.

Jika ini berlaku, katanya, bukan sahaja kerajaan tetapi ia akan melibatkan rakyat pada keseluruhannya dan juga akan membazirkan masa serta wang mereka. Tetapi yang lebih penting ia akan menjejaskan integriti sistem pilihan raya di negara ini, kedaulatan undang-undang dan hak asasi rakyat Malaysia.

Berhubung dengan penubuhan RCI untuk menyiasat pendatang tanpa izin dan dokumen pengenalan diragui di Sabah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, ia bukan sahaja harus dipenuhi tetapi hendaklah disegerakan.
Beliau berkata, In-PRESS sebuah Pertubuhan bukan kerajaan juga menyokong Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing mengenai usaha dalam meminta kerajaan untuk menubuhkan RCI di negeri ini.

Beliau berkata, adalah amat luar biasa bagi penduduk Sabah meningkatkan secara mendadak hanya dalam jangka yang singkat berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Jamal juga mempersoalkan kenapakah mereka yang telah terlibat mengeluarkan KP kepada orang-orang yang tidak layak itu tidak ditangkap.

Katanya, beberapa orang yang terlibat dalam pengeluaran Kad Pengenalan palsu antara 1996 hingga 1998 hanya dikenakan tahanan dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini telahpun dimansuhkan.

No comments:

Post a Comment