Sunday 29 July 2012

KEDUDUKAN LAJIM DIPUTUSKAN ESOK





PEKAN : Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan, Isnin ini (esok).

Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan.

"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini Sabtu.

Najib berkata dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian.

"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu," katanya.

Lajim pada Sabtu mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno. (Bernama)

14 comments:

  1. Lajim dah berniat nak tnggalkan BN.

    ReplyDelete
  2. Lajim lancarkan SRF, tapi BN takkan tergugat dgn pelancaran SRF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim tidak akan boleh menang atas tiket SRF di Beaufort

      Delete
  3. Jika sudah tidak sehaluan, keluar segera dan bertindak menyertai pasti lain.

    ReplyDelete
  4. Serahkan kepada beliau untuk menentukan, yang penting teruskan berkhidmat untuk rakyat yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  5. Agenda dan perjuangan semakin berbeza, tidak hairan mereka tidak dapat bekerjasama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjuangan Lajim untuk survival politik sendiri.

      Delete
  6. This is a great challenge to Najib after lost the 2 helping hand in Sabah.

    ReplyDelete
  7. Ahmad Zahid said Sabah Umno must carry out numerous efforts to strengthen the party at the grassroots level.

    ReplyDelete
  8. Lajim’s appointment was cancelled with the consent of the Yang di-Pertuan Agong after the Beaufort MP had announced his defection from the Barisan Nasional (BN) over the weekend.

    ReplyDelete
  9. Lajim bukan lagi orang pilihan dalam BN. Itu yang pasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti sudah ada calon yang akan digantikan

      Delete
  10. Lajim pun telah membuat keputusan untuk keluar Umno BN. Ok la tu. Lebih baik keluar daripada meminta simpati.

    ReplyDelete