Monday 30 July 2012

LAJIM, KOKOK BERDERAI-DERAI, BONTOT PENUH TAHI




Oleh : OSIN DIKUN

TINDAKAN Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Lajim Haji Okin, yang meletakkan semua jawatannya dalam UMNO tetapi masih menjadi ahli UMNO dan masih tidak mahu melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri membuktikan beliau seperti ayam jantan, kokok berderai-derai, bontot penuh tahi.

Sindrom 'Katak' yang dianutinya selama ini menyebabkan beliau berbangga dengan peribahasa 'Katak Memanggil Hujan' sedangkan hakikatnya, tanpa bunyi katak, hujan tetap akan turun; malah panggil seratus tahunpun hujan tidak akan turun kerana antara 'Katak' dengan 'Hujan' tidak ada kena mengena dengan ekosistem.

Lajim sebelum ini memberitahu Media bahawa seramai 50,000 orang akan hadir ke majlisnya bagi membuktikan sokongan bahawa beliau Pemimpin Agung untuk masyarakat Bisaya, spesis serpihan KDM; namun petang semalam petugasnya hanya menyediakan 15,000 kerusi 'bayangan'; walhal yang hadir hanya 5,000 orang. (Laporan 20,000 orang hadir adalah 'Gimik Politik').

Memang agak melucukan kerana sebelum ini Lajim juga melakukan gimik 'Mr Bean' ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilatsepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta, petang Isnin, 20 Februari 2012 kerana tiada pegawai kerajaan yang hadir.


Sejarah politik 'Kasino' Lajim sudah diketahui ramai kerana walaupun pernah menjadi Timbalan Presiden USIA dan kini Pengerusi PERKIM Sabah, namun 'amal mungkar, nahil makruf' di Kasino Singapura dan Genting Highland sudah menjadi rutin di samping hobinya bersama 'Jackpot'.

Khabarnya wang penghijrahannya ke dalam UMNO pada 1994, sumbangan taukeh judi hasil usaha Anwar, sekitar RM20 juta, habis dalam berapa malam sahaja di Kasino.

Sebagai pemimpin 'Islam' Lajim tidak dapat memisahkan dirinya daripada 'Judi'; sinonim dengan 'Datuk S' yang tidak dapat berpisah dengan akronim 'Permintaan Untuk Kaum Ibu'.

Lajim yang sebelum ini digelar 'Raja Katak' kini mahu menjadi siluman 'Bapa Ayam' yang hanya bertenggek sekejap di atas ibu ayam sekalipun mempunyai empat buah pinggang; tidak mungkin mara jauh ke rimba politik di Sabah.

Sehebat 'Harris Salleh' dan selemah 'Kadoh Agundong'; tidak akan dikenang dalam politik Sabah sekiranya pemimpin berkenaan bukannya spesis 'Beruang' (sebut berwang atau mempunyai wang).

Jika pemimpin Agung Bumiputera Islam, Allahyarham Tun Mustapha dan Huguan Siou KDM, Tan Sri Pairin pernah ditolak pengikutnya, siapakah Lajim yang mahu dibanggakan kerana berani mengorek lubang hidung Musa Aman menggunakan jari hantu Anwar Ibrahim?

Persoalan yang bermain di minda rakyat Sabah, kenapa Lajim menjemput Anwar sekadar untuk menunjukkan 'Anak Jantan' atau 'Kemaluannya' sedangkan gajah dan kuda yang mempunyai kemaluan yang lebih besar malu mempamerkannya?

Ramai pemimpin PKR yang hadir di majlis berkenaan kecewa kerana seolah-olah Lajim menjemput Anwar bagi menggantikan beliau dalam pertarungan maut dengan UMNO dan beliau sekadar menjadi pemerhati?

"Jika dia tidak mahu meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO dan Timbalan Menteri, buat apa jemput kami dan Datuk Seri (Anwar)? Apa faedahnya kepada PKR dan Pakatan Rakyat? Kenapa heret kami dalam persengketaan beliau dengan Musa Aman dan Najib?" tanya seorang Ketua Cabang yang meminta namanya dirahsiakan demi menghormati kehadiran Anwar di majlis tersebut.

Manakala seorang Ketua Bahagian UMNO yang turut memerhati dari jauh majlis berkenaan turut membidas Lajim yang hanya berbohong kepada rakyat Beaufort kerana menurut siasatan beliau Lajim tidak pernah menemui Perdana Menteri secara peribadi sebagaimana yang diakui Lajim  (empat kali perjumpaan) berhubung isu beliau; sebaliknya menimbulkan isu pertemuan beliau hanya untuk meraih simpati; kononnya tidak dipedulikan Perdana Menteri, sekalipun kedudukannya sebagai Timbalan Menteri.

"Apa yang kita dapat tahu, beliau hanya jumpa PM untuk minta wang bantu rakyat yang alami bencana alam banjir kilat. Tapi malangnya wang yang diberikan PM dihabiskan di meja judi. Jika tidak benar, dia sudah pasti saman Sabahkini.net yang pernah laporkan isu berkenaan," kata Ketua UMNO dari Pantai Barat berkenaan.

Para pemerhati politik Sabah melihat tindakan Lajim umpama seorang lelaki mati pucuk tetapi bernafsu besar untuk mengahwini empat isteri; sedangkan tidak mampu melakukan apa-apa melainkan menggunakan khidmat 'Gigolo' seperti yang beliau lakukan dengan memanggil Anwar ke majlisnya semalam.

10 comments:

  1. If Lajim wanted to leave the party, he must resign all his position in UMNO-BN. This is the rules.

    ReplyDelete
  2. Will Lajim join Datuk Anwar's PKR, Nik Aziz's PAS or form his own Sabah People's Front?

    ReplyDelete
  3. UMNO pun tak perlukan Lajim, bgs Lajim keluar saja.

    ReplyDelete
  4. tanpa Lajim UMNO tetap kukuh.

    ReplyDelete
  5. Lajim perlu buat segera keputusan... agar rakyat tidak terkeliru.

    ReplyDelete
  6. Jika Lajim buat keputusan tidak mua bersama BN, tidak apa..Bn masih lagi kuat.

    ReplyDelete
  7. Datuk Seri Lajim Ukin's decision to quit all party posts is influenced primarily by Pakatan's psychological warfare that they will form the next government after the coming general election.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim's political calculation is wrong. All studies conducted by professionals indicate Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's popularity is at a comfortable level.

      Delete
  8. Apa pun keadaan politik BN Sabah masih dalam keadaan yang stabil. Walaupun yang kita dengar mengenai pemimpin keluar BN itu berlaku ini tidak menjejaskan sokongan rakyat Sabah kepada BN.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan BN sememangya masih stabil. Betul kata Hamdan itu. Lajim dan Bumburing keluar BN tidak ada makna pun buat BN dan tidak menjejaskan BN pun. Memang khabar telah mengatakan yang mana mereka ini akan tidak dicalonkan pada PRU13.

    ReplyDelete