Wednesday 18 July 2012

LEAP SAMBUT BAIK USAHA LINDUNGI PANTAI




KOTA KINABALU : Keputusan Sabah untuk menghentikan penebusgunaan kawasan tepian air di Kota Kinabalu adalah langkah positif yang wajar meliputi kawasan pantai dari Tanjung Aru ke Kinarut, Papar.

Pengarah Eksekutif Land Empowerment Animals People (LEAP) Cythia Ong berkata keputusan itu signifikan kerana dibuat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, sekali gus menyukarkan mana-mana pihak menuntut kawasan pantai dari Teluk Likas ke Tanjung Aru.

"LEAP sokong komitmen kerajaan negeri untuk melindungi kawasan pantai Kota Kinabalu dan berharap lebih banyak kawasan pantai dilindungi," katanya dalam kenyataan, di sini pada Selasa.

Pada Isnin, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan undang-undang yang melarang kawasan pantai di bandar raya ini dipindah milik kepada pihak lain membabitkan kawasan seluas 1,550 hektar dari Tanjung Aru ke Teluk Likas.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dilapor berkata kerajaan menerima banyak aduan daripada badan bukan kerajaan termasuk agensi alam sekitar serta orang awam akan keperluan melindungi dan memulihara kawasan tepian air Kota Kinabalu. (Bernama)

No comments:

Post a Comment