Oleh : ADURA HAMZAH
PARTI Liberal Demokratik (LDP)
merayu Kerajaan Negeri Sabah menaiktaraf status sosial Kapitan Cina bagi
mengelak pengaruh pembangkang menyubur di kawasan bandar dan luar bandar Sabah.
Timbalan Pengerusi LDP Silam,
Chong Su Vun ketika menghubungi Sabahkini.net menegaskan, peranan Kapitan Cina
semakin dilupakan masyarakat Cina yang kini bergantung harap kepada pemimpin Pembangkang
parti seperti DAP dan SAPP kerana fungsi Kapitan Cina semakin terhakis.
"Kita berterima kasih
kepada Ketua Menteri Sabah yang telah mengumumkan kenaikan elaun Kapitan Cina
daripada RM450 kepada RM650 pada Mac lalu, tetapi status sosialnya masih
menyekat institusi ini berfungsi sebagaimana tujuan sebenar diwujudkan," ujar
Chong.
Memang agak memalukan
apabila gelaran 'Kapitan Cina' hanya setaraf 'Ketua Kampung' sedangkan hirarki
sebenarnya kata Chong, setaraf 'Ketua Daerah'.
"Masyarakat Cina
seperti ayam kehilangan ibu mencari tempat mengadu kerana sukar mencari Kapitan
Cina yang tidak mempunyai pejabat tetap, melainkan kedai kopi atau menumpang di
rumah atau pejabat Adun atau Ahli Parlimen," tegas Chong yang menyebut
senario ini menyebabkan jurang pentadbiran semakin melebar.
Akibatnya, kata Chong,
masyarakat Cina terpaksa mengadu kepada pemimpin Pembangkang yang menangguk di
air keruh dan mempergunakan kesempatan ini untuk melebarkan pengaruh dan
menanam bibit politik sehingga masyarakat Cina condong menyokong pembangkang.
Sewajarnya kata Chong, Kerajaan
Negeri Sabah mengimbas kembali peranan institusi ini yang pertama kali
diwujudkan di era Portugis dan mula popular ketika Yap Ah Loy menjadi Kapitan
Cina Kuala Lumpur di antara 1868-1885 dan peranannya dimansuhkan pada 1902
selepas kematian Kapitan Yap Kwan Seng.
"Kita harap Kapitan
yang bakal dilantik atau digantikan dalam penyusunan semula sewajarnya
benar-benar mewakili parti masyarakat Cina dan bukannya parti Komponen BN yang
berbilang kaum seperti PBRS, PBS dan UPKO," ujar Chong yang berpendapat
perlantikan berkenaan hanya bermotif politik dan bukannya untuk memberikan
perkhidmatan kepada masyarakat Cina.
Bagaimanapun Chong
menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud mengkritik sistem pentadbiran pihak
berkuasa tempatan, sebaliknya sebagai sumbangan buah fikiran untuk memastikan
dua kerusi iaitu DUN Sri Tanjung dan Kota Kinabalu berjaya dirampas kembali
daripada DAP.
"Ini hanya pandangan
peribadi saya setelah mengkaji punca kemerosotan masyarakat Cina terhadap BN.
Sebagai ahlia parti komponen LDP berhak menyumbang idea untuk memantapkan kekuatan
BN," kata Chong yang mengakui telah menulis surat kepada Presiden LDP
sekalipun pandangan berkenaan adalah pandangan peribadi beliau sendiri.
smua kaum termasuk kaum cina tidak harus dipinggirkan.
ReplyDeletesekolah2 malah tempat ibadat kaum Cina diberi peruntukan oleh kerajaan sama juga seperti kaum2 lain di negara ni.
ReplyDeleteSemoga kepentingan setiap penduduk akan dapat diberikan perhatian.
ReplyDeleteDiharap kerajaan memberi perhatian kepada semua rakyat Sabah.
DeleteSetiap kaum dan bangsa perlu diambil berat dan tidak patut dipinggirkan.
ReplyDeleteKerajaan akan sentiasa memberi perhatian kepada kaum cina, malah akan memberi perhatian pada semua kaum di Sabah
ReplyDeletemalah kewujudan LDP yang mewakili kaum cina di negeri ini juga membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak mengabaikan kaum itu..
Deletepintu Sabahkini sentiasa terbuka luas menerima aduan dari mana2 pihak atau kaum di negeri ini..
ReplyDeleteChinese clan association leaders should be open to opinions and criticism, said the United Society of GuangDong Province Association Sabah honorary adviser, Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt.
ReplyDeleteHe said clan associations often work with other clan associations in matters pertaining to the benefits of the Chinese community.
ReplyDeleteIT is hoped that association leaders are open to different opinions and criticisms, rather than regarding different views as noise,” he said when officiating at the second installation ceremony of The United Society of GuangDong Province Association Sabah for year 2012-2014.
ReplyDeleteLikewise, he said the committee of the federation should be receptive to constructive opinions in overcoming issues. The federation was established on November 20, 2009.
ReplyDeleteLiew also urged the federation to stay united and together contribute towards the betterman of the clan associations, society and nation.
ReplyDeleteMeanwhile, The United Society of GuangDong Province Association Sabah chairman Datuk Jimmy Yong Kyok Ming said the federation has set up a foundation with the aim of raising funds in order to acquire a shoplot for the association.
ReplyDeleteThe plan, as Yong said, is to rent the ground floor unit to cover the association’s expenses, while the upper floor will be used by the association. He thanked the association’s honorary advisor Datin Vicky Lai for donating RM50,000, which gives a total sum of RM80,000 at the association’s bank account.
ReplyDeleteYong added that the association has invited all GuangDong based associations in Sabah to join the federation.
ReplyDeleteThere are 400,000 Chinese population in the State, while the GuangDong clan makes up more than 300,000 of the Chinese population.
ReplyDeleteHe pointed out that the Chinese people here were unable to unite in tackling issues affecting the Chinese community as there were many Chinese associations and Chinese political parties.
ReplyDeleteHence, Yong said the priority was to unite GuangDong based associations, and work with other federations in uniting the Chinese in Sabah in order to fight for the rights and benefits of the Chinese community.
ReplyDelete