Tuesday 3 July 2012

PEMERHATI, TIDAK ADIL HENTAM SPR




Oleh : NIGEL AW

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata adalah untuk adil untuk mengkritik SPR berhubung langkahnya untuk melantik lima pemerhati pilihan raya sewaktu pilihan raya umum ke-13.

Beliau menjelaskan, pemerhati yang sedang dipertimbang untuk dilantik oleh SPR itu, bekerjasama dengan suruhanjaya berkenaan untuk menyediakan satu garis panduan dan ia belum muktamad lagi.

Oleh itu, tambahnya, adalah tidak adil untuk mengkritik SPR sekarang kerana pemerhati (berpotensi) itu belum lagi ditauliahkan.

Abdul Aziz menjelaskan demikian dalam mesej teks kepada Malaysiakini semalam.

SPR berdepan dengan kritikan hebat sejak menamakan lima NGO yang mahu dilantiknya sebagai pemerhati dalam pilihan raya umum akan datang.

Mereka adalah kumpulan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia, badan hak asasi manusia Promotion of Human Rights (Proham) dan badan kajiselidik bebas, Merdeka Centre.

Tiada satupun daripada NGO yang dipilih itu mempunyai banyak pengalaman dalam pemantauan pilihanraya, manakala kumpulan yang arif dalam tugasan tersebut telah diabaikan.

Pengerusi Badan Pilihanraya Bebas dan Adil (MAFREL) Syed Ibrahim Syed Noh kecewa kerana badan-badan yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut, tidak dipilih menjadi pemerhati pilihan raya.

Syed Ibrahim juga menuduh SPR cuba mewujudkan persepsi palsu bahawa suruhanjaya itu telus.

Abdul, Aziz dalam satu temubual dengan akhbar New Straits Times baru-baru ini, berkata Mafrel tidak dipilih kerana ia "berat sebelah dan pro-pembangkang". (MKINI)

9 comments:

  1. SPR berusaha memastikan plilihan raya benar2 bersih dan adil. namun SPR tetap dikritik.

    ReplyDelete
  2. Apa pun SPR perlu memastikan yang mana SPR perlu menyelesaikan persoalan dan masalah yang dihadapi dalam pihak tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. permasalahan yang berkaitan dengan SPR, SPR perlu segera mencari penyelesaian.

      Delete
  3. Mengenai pemerhati itu rasanya perlulah ada had mereka untuk menyuarakan sesuatu perkara. Tapi SPR perlu membetulkan kelemahan yang ada.

    ReplyDelete
  4. SPR perlu melaksanakan tugas dengan amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap tiada manipulasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

      Delete
  5. Pihak MAFREL kecewa ni sebab lantikan mereka untuk jadi pemerhati bebas pada pilihanraya suatu masa dulu telah ditolak.

    ReplyDelete
  6. ego sangat la pengerusi MAFREL ni.. adakah mereka saja yang arif dan berpengalaman dalam tugas memantau pilihanraya ini?? pernahkah mereka memantau pilihanraya sebelum ini???

    ReplyDelete
  7. jika MAFREL benar2 arif dan berpengalaman, kenapa tidak tunjukkan track record mereka dalam hal2 memantau pilihanraya??

    ReplyDelete