Tuesday 17 July 2012

PERINTAH GAJI MINIMUM DIWARTA ISNIN




KUALA LUMPUR : Perintah Gaji Minimum 2012 yang diwartakan Isnin akan berkuatkuasa pada 1 Jan depan bagi majikan yang menggaji enam orang atau lebih.

Bagi majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang, tarikh penguatkuasaan ditetapkan 1 Julai tahun depan, demikian menurut satu kenyataan Kementerian Sumber Manusia.

"Tarikh permulaan kuatkuasa ini juga terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) tanpa mengira bilangan pekerja," menurut kenyataan itu.

Perintah Gaji Minimum 2012 diwartakan mengikut Subseksyen 23(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Maklumat lanjut mengenai warta bertajuk Perintah Gaji Minimum 2012 P.U. (A) 214/2012 boleh dirujuk di www.federalgazette.agc.gov.my.

Menurut warta itu, kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 atau RM3.85 sejam bagi Sabah dan Sarawak. (Bernama)

16 comments:

  1. Usaha pekerja jangan dipandang remeh.

    ReplyDelete
  2. pekerja adalah aset kepada majikan. jadi kebajikan pekerja perlu dijaga.

    ReplyDelete
  3. Pasti ada majikan yang akan mengurangkan pekerja mereka.

    ReplyDelete
  4. Diharap kadar gaji akan diselaraskan antara SM, Sabah dan Sarawak pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. Hopefully the employers can adapt to the minimum wage policy once it has been implemented on January 1st 2013.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. The minimum wage policy set to RM800 in Sabah will help many low income workers improve their lives.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Semoga gaji minimum ini akan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. harap2 dapat dilaksanakn sepenuhnya.

      Delete
  8. Pelaksanaan waga minimum harus tegas mana2 majikan yang layak tapi tidak mengikut polisi ni harus dikenakan tindakan

    ReplyDelete
  9. syabas kepada kerajaan pimpinan Najib.. akhirnya ada juga gaji minimum di negara ini..

    ReplyDelete
  10. saya harap rakyat di negara ini juga terutamanya kumpulan pekerja sentiasa meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik, bukan hanya bergantung kepada gaji minimum..

    ReplyDelete
  11. Datuk Seri Najib said that the minimum wage will be set at $297 per month for workers in Peninsular Malaysia and $264 for those in East Malaysia. It excludes those in the domestic service sector, such as maids. Malaysia has been negotiating minimum wages separately for maids, most notably with Indonesia.

    ReplyDelete
  12. The new wages will come into effect in six months. They have been in the works since 2009, when Najib unveiled plans to move Malaysia’s economy away from a low-cost model and rely less on cheap labor.

    ReplyDelete
  13. From a social perspective, this is the right thing to do, so that the most vulnerable groups aren’t taken advantage of, said Yeah Kim Leng, chief economist of Malaysian rating company RAM Holdings. It can also serve as a way of pressuring industries to restructure and go up the value chain.

    ReplyDelete
  14. Prime Minister Najib Razak has announced a long-awaited minimum-wage policy for Malaysia, in a move that is set to benefit 3.2 million of the country’s lowest-paid workers — including Indonesian maids — while potentially boosting the ruling Barisan Nasional’s (BN) chances at the next general election.

    ReplyDelete
  15. These workers, who make up a quarter of Malaysia’s workforce, currently earn less than 700 Malaysian ringgits ($231) a month and live below the poverty line. They include security guards, as well as construction and plantation workers.

    ReplyDelete