Monday 30 July 2012

PERKASA MINTA LAJIM KELUAR UMNO





Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta Datuk Seri Lajim Ukim melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta sebagai Ahli Umno.

Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas Ketua Umno Beaufort itu sudah lagi tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Kita hormati keputusan beliau dengan semangat demokrasi dan hak dia untuk memilih wadah perjuangan dia. Dalam waktu yang sama, demokrasi juga mewajibkan Datuk Lajim untuk meletakkan jawatan kerana itu juga prinsip demokrasi.

"Dan hak Perdana Menteri untuk memilih dan tentukan siapa ahli kabinetnya. Tidak ada jalan lain lebih bermaruah dan demokrasi selain daripada letak jawatan dan teruskan perjuangan dengan wadah yang dia pilih," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa PERKASA malam tadi.

Sabtu lalu, Lajim, 57, mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.

Beliau juga menyatakan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan mengenai keanggotaannya dalam parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Selain itu, Zulkifli turut menasihatkan penduduk Sabah agar tidak terpedaya dengan slogan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat iaitu 'Sabah untuk Sabah' yang menurutnya seperti kembali ke zaman sebelum merdeka

"Kita harus pandang ke hadapan. Sabah kini sebahagian daripada Malaysia. Kita sepatutnya menghormati pendirian rakyat  Sabah dan tak patut putar jam balik ke belakang kepada perpecahan negara. Orang yang amalkan politik ini wajib ditolak," kata Zulkifli lagi.

7 comments:

  1. Lajim must first ensure that all his position in BN-UMNO have been resigned.

    ReplyDelete
  2. It doesn't matter what Lajim planned to do after he has resigned his position in the party. Whether he wanted to join PKR or PAS or set up his own SPF.

    ReplyDelete
  3. Perkasa, please mind your own business.

    ReplyDelete
  4. Lajim is waiting to be sacked..

    ReplyDelete
  5. Memang patut Lajim keluar daripada BN.

    ReplyDelete
  6. Selagi Lajim di dalam BN maka semakin terseksalah BN oleh Lajim dengan pelbagai masalah timbul dan menjadi persoalan.

    ReplyDelete