Sunday 29 July 2012

POLITIK BARU DI SABAH MULA DIBENTUK





Oleh : IDA LIM

KUALA LUMPUR : Senario politik baru di Sabah bakal berubah apabila dua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, bertindak menubuhkan parti sendiri dan akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno dan Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) akan melancarkan dua parti, Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Beaufort dan Tuaran hari ini, menurut Keadilan Daily, portal berita yang dimiliki oleh PKR semalam.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan tiba sebagai tetamu khas, menurut portal rasmi parti tersebut itu lagi.

Bekas timbalan perdana menteri yang kini menjadi Ketua Pembangkang mahu menguasai kerajaan persekutuan yang tamat penggalnya selewat-lewatnya pada April depan, Anwar terus ke Sabah semalam dan dijangka disambut hangat di dua pelancaran itu nanti.

PPS dijadualkan akan dilancarkan pada jam 6 petang ini di Beaufort, yang kebanyakannya merupakan Melayu Muslim manakala APS akan dilancarkan lebih awal, pada 1 petang di kawasan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut.

Dengan dua ahli politik ini keluar ini memberi isyarat bahawa politik di Sabah akan mula berubah sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Lajim adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno, manakala Bumburing adalah Timbalan Presiden UPKO, salah satu parti komponen BN.

Kedua-duanya pernah sebelum ini disebut-sebut menyertai PKR selepas melepaskan jawatan mereka di dalam BN.

Lajim yang memegang jawatan Persekutuan selaku Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membuat kenyataan gempar pada petang semalam apabila beliau mengumumkan akan melepaskan jawatan dalam UMNO dan BN untuk bekerjasama dengan PR demi kepentingan Sabah.

“Mulai sekarang, saya akan bersara dari semua jawatan di dalam Umno kerana saya tidak lagi yakin dengan parti ini untuk menjaga kepentingan rakyat Sabah,” kata Lajim yang dipetik dalam Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan berjanji akan setia dengan PR dan mahu memulihkan Sabah dari “penindasan dan ketidakadilan”.

Beliau bersara sebagai Ketua Umno bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort serta merta, selepas melepaskan jawatannya selaku ketua cawangan Umno cawangan Kerambai Kebatu pada awalnya.

Ahli politik Sabah itu juga berkata terserah kepada parti untuk menentukan kedudukannya dalam Umno dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berkata bahawa keputusan terhadap kedudukan Lajim selaku Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan hanya akan dibuat pada Isnin ini, walaupun dia berdiam diri tentang peletakan jawatan ahli politik veteran Sabah itu menjelang pilihan raya yang dikatakan akan berlangsung pada September, selepas umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Saya tidak terkejut dengan keputusannya. Dalam hal ini tiada siapa lebih besar dari parti, dan kesetiaan yang paling penting.

“Kita menerima hakikat dalam Umno ada perbezaan pendapat tetapi kita dapat menyelesaikannya melalui cara yang betul dan bezanya kita boleh lakukan cepat atau tidak,” kata Perdana Menteri yang merupakan Presiden BN yang dipetik dari Bernama selepas solat terawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang di Pahang.

Najib berkata pemimpin yang keluar dari Umno bukan sesuatu yang baru memandangkan pengasas parti itu sendiri Datuk Onn Jaafar telah mengambil langkah yang sama, menurut laporan Bernama.

“Tetapi selaku parti yang berpengalaman, kita mampu menghadapi cabaran ini,” kata Najib kepada wartawan.

Bumburing yang merupakan ahli Parlimen Tuaran, telah melepaskan jawatan selaku ketua bahagian BN minggu lalu.

Kedua-dua dilihat sebagai suara yang lantang terhadap isu-isu di Sabah.

Di Sabah, antara isu yang banyak ditekankan ialah pendatang haram yang menjadi warganegara yang dilihat sebagai bahan kempen dalam pilihan raya akan datang.

Pentadbiran Najib telah bersetuju untuk mewujudkan panel inkuiri khas diraja tentang isu itu namun kemarahan dari penduduk asal negeri itu telah menyebabkan Putrajaya dilihat seperti tidak melakukan apa-apa.

Kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi perhatian PR pada pilihan raya akan datang, termasuk Labuan, yang mempunyai 57 kerusi, atau 25 peratus dari 222 kerusi Parlimen.

Dalam pilihan raya 2008, BN menguasai Putrajaya kerana kemenangan besar di Malaysia Timur dan Labuan, memenangi 55 kerusi berbanding PR yang memenangi dua kerusi.

Tetapi, parti pemerintah itu kehilangan majoriti dua pertiga dalam Parlimen apabila hanya dapat menguasai hanya lima kerusi lebih berbanding PR di Semenanjung, dengan memenangi 85 kerusi manakala PR menguasai 80 kerusi. (TMI)

20 comments:

  1. There are more and more political parties in Sabah, a multi-cornered fight during the general elections will cause a lot of split votes.

    ReplyDelete
  2. If Lajim form his Sabah People's Front while Bumburing form his Sabah Reform Movement.

    ReplyDelete
  3. PPS dan APS tidak akan memberi impak yang besar kepada situasi politik di sabah kerana PPS dan APS akan bekerjasama dengan PR...ini bermakna cuma benda lama dikitar semula untuk menjadi benda baru...lainlah kalau PPS dan APS tidak diwujudkan dan lajim dan bumburing menyertai parti pembangkang yang sedia wujud..

    ReplyDelete
  4. dan dari apa yang dilihat, tindakan lajim dan bumburing ini adalah atas kepentingan peribadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka keluar BN pun takkan memberi kesan kepada BN.

      Delete
    2. Ada kesan atau tidak akan terjawab melalui PRu akan datang.

      Delete
  5. Lajim dan Bumburing hanya berjuang untuk kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  6. bgs jg mereka keluar, lebih baik keluar jika tak ingin lagi bersama BN.

    ReplyDelete
  7. Sudah tidak bersehaluan, pilihannya cuma keluar.

    ReplyDelete
  8. Semakin banyak parti di Sabah, benarnya parti ini bertujuan untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  9. Semoga perjuangan Bumbering dan Lajim dpat diteruskan supaya lebih banyak golongan dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  10. Peperangan berpenjuru ini akan lebih hebat dan giat.

    ReplyDelete
  11. The winds are blowing but not strong enough to sweep away the state government or win for Anwar the bulk of the parliamentary seats. He will find it tough to march into Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. They could not make significant gains in the state for Pakatan and for the ethnic groups they lead. They cannot deliver the state to Anwar and help him march to Putrajaya.

      Delete
  12. Politik baru..SRF dan juga APS. Parti baru pun bertambah lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  13. dua pemimpin BN yang keluar parti ini menampakkan perubahan dalam BN Sabah. Tapi ini tidak bermakna akan dapat melemahkan BN di Sabah. Semua itu tidak akan berlaku. BN tetap akan kukuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CM Datuk Musa Aman kata lebih baik fokus kepada isu2 di Sabah untuk rakyat.

      Delete
    2. Tidak perlulah layan sangat isu Lajim & Bumburing, ada masalah lain yan perlu diselesai yang lebih penting dari mereka berdua.

      Delete
  14. Lajim dan Bumburing mempunyai haluan sendiri dan platform sendiri tapi lebih kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  15. Apa mahu hairan, sebab Anwar beli pembesar2 pemerintah PBS menyebabkan kerajaan PBS tumbang. Lajim adalah seorang yang kena beli.

    ReplyDelete