Sunday 29 July 2012

RAHSIA DATUK LAJIM UKIN




Oleh : JENTAYUABAKA.

HARI INI, DSP Lajim Ukin (Lajim) dijangka akan mencatat satu lagi sejarah politik dalam hidupnya, juga kepada politik Sabah. Saya tidaklah asing kepada Lajim kerana beberapa kali bertemu beliau di Parlimen dan di tempat-tempat lain, malahan pegawai-pegawai kanan beliau saya kenali rapat.

Pada 11 November 2010, semasa NGO penubuhan pendidikan iaitu Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Presidennya Datuk Hassan Malik sementara Datuk Lajim Ukin Timbalan Presiden.

Saya pula menjadi Yang Dipertua GAGASAN Kota Kinabalu, sebenarnya saya lebih suka menjadi YDP GAGASAN Tawau atau Kalabakan kerana saya lahir di Tawau. Namun, saya menerimanya juga atas dasar persahabatan, perjuangan dan menghormati permintaan pihak Lajim. Lagipun GAGASAN Tawau belum ditubuhkan.

Berbalik kepada kisah Lajim, sebenarnya pertelagahan beliau bukan kepada UMNO atau Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Masalah utama Lajim ialah perselisihan beliau dengan kepimpinan UMNO Negeri Sabah.

Perselisihan itu semua orang tahu, antaranya apabila peranan beliau di Bahagian Beaufort dibayangi sepanjang masa oleh seteru beliau iaitu Datuk Azizah Mohd Dun. Dalam hal ini, Datuk Musa Aman khabarnya berpihak kepada Datuk Azizah, maka membesarlah perselisihan itu kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Ayah kepada Datuk Azizah sangat berjasa kepada Negeri Sabah. Selain pernah menjadi DO di Beoufort jika saya tak silap, ayah Datuk Azizah merupakan salah seorang pemimpin USNO yang meminta UMNO dibawa masuk ke Sabah pada tahun 1976 dan seterusnya pada tahun 1986 dahulu.

Kemudiannya, perselisihan faham itu berlanjutan kepada perseteruan yang semakin membesar. Lajim semakin geram apabila projek-projek pembangunan di kawasan Beoufort katanya ditahan.

Begitu juga, katanya projek-projek dari persekutuan juga tertahan. Khabarnya juga Majlis Daerah Beaufort (MDB) ketiadaan Dana tambahan untuk membangunkan Daerah Beaufort. Khabarnya juga, Lajim berusaha mengatasi semua masalah tersebut dengan bertemu Perdana Menteri.

Dalam hal ini, Perdana Menteri telah memberikan bantuan yang bukan sedikit, maka apakah sebenarnya yang berlaku? Saya bertanya lagi dan saya dapati ia adalah kerana masalah di peringkat negeri. Saya tidak boleh mengulas lebih jauh, kerana saya belum bertemu Datuk Musa Aman untuk mengesahkan perkara ini.

Akhirnya semalam, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Beaufort, Pengerusi BN Beaufort tetapi mengekalkan keahlian UMNO dan Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan.

Dalam hal ini, biasanya akan ada dua tindakan susulan, iaitu Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat dan memecat keahlian Lajim. Kenapa Lajim tidak keluar UMNO sahaja?

Jawapannya mudah, Lajim masih sayangkan UMNO! Lajim tahu selepas ini, karier politiknya akan menjunam. Saya tidak yakin Lajim boleh menang di Parlimen Beaufort jika dia bertanding atas tiket Sabah Reform Front (SRF).

Sebenarnya Lajim sudah berbulan-bulan bersedia untuk semua yang telah dilakukannya hari ini. Bendera-bendera SRF dan sebagainya sudah lama disediakan di rumahnya. Lajim sudah tahu apa akan berlaku dalam karier politiknya, sebab itulah Lajim sudah bersedia awal.

Saya menghubungi pula beberapa tokoh politik di peringkat pusat, jawapannya mudah kepada mereka, biarkanlah dia. Maknanya tidak perlu pujuk Lajim, dia bukan budak-budak. Itu pilihannya, terserah.

Maknanya kepimpinan Pusat tidak berasa apa-apa malah tidak takut malah tidak perlu melayan kerenah Lajim itu. Di peringkat negeri, jawapan yang hampir sama juga. Maknanya, saya fikir selepas ini politik Lajim di Sabah akan menjunam. Saya tidak terkejut jika Lajim tewas di Parlimen Beaufort dan DUN nanti.

Di Sabah, jika DSP Pairin keluar dari gabungan BN, barulah Lajim akan menang! Tetapi jika Datuk Osu Sukam atau Lajim yang keluar BN dan bertanding atas tiket parti lain, kemungkinan besar mereka menang adalah sukar.

Dalam hal ini juga, kenapa Datuk Wilfred Bumburing yang keluar bukan DSP Pairin? Anda kena ingat, semasa pemerintahan DSP Pairin dan PBS, beliau tidak dapat melupakan bagaimana DS Anwar menumbangkan kerajaannya dengan cara tidak demokratik, dengan cara rakus membeli wakil-wakil rakyatnya.

DSP Pairin tidak boleh melupakan bagaimana Anwar ketika berkuasa tidak memenuhi permintaan kerajaan PBS dalam banyak hal seperti permintaan sebuah Universiti di Sabah di mana Anwar menjawab katanya Sabah tidak memerlukan Universiti.

Pada hari ini (29/7/2012), khabarnya Datuk Wilfred Bumburing telah membuat pengumuman rasmi sebentar tadi, manakala Lajim akan membuat pengumuman yang sama pada pukul 8.40 malam di rumahnya di Beaufort.

Jemputan kepada DS Anwar kerana mereka sudah mempunyai hubungan semasa kejatuhan Kerajaan PBS Sabah pada tahun 1994 dahulu. Semua orang tahu kisahnya.

Komen seseorang dalam peti mesej saya, biarlah Lajim seorang keluar dengan masalahnya, yang penting rakyat Sabah majoritinya masih bersama BN. Dalam hal ini, saya setuju dengan keyakinan DSP Musa Aman, beliau telah membuktikan dua kali PRU di mana BN Sabah mencatat kemenangan 99%. Saya yakin, DSP Musa Aman masih boleh mengekalkan Sabah kepada BN.

Jadi, mengapa perlu bimbang?

17 comments:

  1. Just let Lajim leave so that his problems will not continue to affect the party.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim sudah bersedia untuk mengahdapi kesemuanya.

      Delete
  2. Lajim Ukin still have not decided which party he will join after leaving BN, there are speculations that Lajim might join PAS or set up his own Sabah People's Front.

    ReplyDelete
  3. Lajim hnya berjuang untuk dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  4. Lajim bukan satu masalah bagi BN, Lajim keluar pn tkkan mengugat BN.

    ReplyDelete
  5. Masa Lajim bersama BN, tidak banyak komen negatif, kini semasa beliau meletak jawatan, semua targeting beliau dan memberi komen yang amat negatif.

    ReplyDelete
  6. Not sure lajim will pull away the people that support him to other party?

    ReplyDelete
  7. Harap-harap misi perjuangan mereka berdua ini lebih kepada kebajikan rakyat dan pembangunan ekonomi.

    ReplyDelete
  8. A statement from the Prime Minister’s Office said the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah had given his consent to the revocation of Lajim’s appointment as Deputy Housing & Local Government Minister.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chief Minister also said the BN government would not be distracted from its duties and responsibilities because of this issue.

      Delete
  9. Masalah dalaman seharusnya perlu ditangani sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah dalaman parti perlu disalurkan pada yang betul

      Delete
  10. Sejarah pernah mengatakan kebanyakkan kerajaan jatuh disebabkan oleh pihak dalaman sendiri. Maka sebaiknya perlu ditangani masalah sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap jangan ada yang ulang sejarah dulu.

      Delete
  11. Rupanya Anwar memang ada hubungan sejarah dengan kedua-duanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar pernah beli Lajim untuk jatuhkan pemerintahan PBS

      Delete