Sunday 15 July 2012

SEJALUR KASIH BUAT PENDERITA TALASEMIA MAJOR




Saudara Pengarang,

SAYA, Widyawati Alidin, ibu kepada dua orang anak yang menghidap Talasemia Major ingin memohon ehsan dan bantuan pihak datuk/datin/tuan/puan mengadakan hebahan derma perubatan melalui Laman Sabahkini.net.

Untuk makluman datuk/datin/tuan/puan penyelesaian rawatan Talasemia ini adalah melalui Transplant Sum-Sum Tulang (Bone Marrow Transplant) ataupun Transplant Tali Pusat (Cord Blood Transplant) yang akan bermula pada hujung Disember, 2012 di Chang Gung Memorial Hospital, Taiwan.

Pembiayaan kasar kos rawatan adalah sebanyak RM460,000. Jumlah ini adalah sangat tinggi dan di luar kemampuan kami, ditambah lagi dengan tempoh masa yang singkat.





Sebagai rujukan maklumat tambahan pengumpulan dana ini, kami telah menyediakan page Facebook di  http://www.facebook.com/pages/JJ-Medical-Fund/363034340378805

Kami juga telah membuka akaun khas 'Tabung Dana Rawatan JJ' di Maybank: 560090100572 bagi mengumpul dana para dermawan.

Segala jasa budi dan keprihatinan datuk/datin/tuan/puan adalah sangat kami hargai.

Sekian , terima kasih.

Salam Hormat,

Yang benar,


(WIDYAWATI ALIDIN )
Tel : 019-807 1097 / 019-803 7510


No comments:

Post a Comment