Monday 9 July 2012

SOI LEK DAKWA GUAN ENG HERET KHABAR ANGIN




Oleh : LISA J. ARIFFIN

PETALING JAYA : Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini menuduh Lim Guan Eng mengheret beliau ke dalam masalah domestik dan mendakwa ia adalah rancangan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk mengalih perhatian daripada dakwaan hubungan sulit beliau dengan wanita lain.

Walaupun mengakui ia adalah dibuat oleh Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo, individu pertama yang menuduh Lim, Dr Chua menjelaskan Lim bagaimanapun dengan pantas melibatkan beliau dalam Skandal Seks pada 2007.

“Saya kecewa terhadap Guan Eng dan isterinya. Mereka mengaitkan isu itu dengan saya, dan kemudiannya menuduh MCA melakukan politik kotor.

“Apa yang saya kata adalah - adakah (hubungan) itu berlaku atau tidak? Kalau tidak, nafikan. Kenapa melibatkan saya?” kata Dr Chua kepada pemberita yang ditemui siang tadi sebelum debat antaranya dan Lim di Sunway Convention Centre di sini.

Lim dan isterinya, ahli Dewan Undangan Negeri Melaka, Betty Chew, baru-baru ini dijadikan sasaran hubungan seks selepas Gan menuduh Lim ketika sesi sidang Dewan mengatakan Lim mempunyai hubungan dengan wanita lain yang merupakan bekas pembantunya.

Gan turut menuntut isteri Setiausaha Agung DAP itu untuk memberikan respon terhadap dakwaan yang beliau telah memukul wanita berkenaan, yang mana kemudiannya telah dikeluarkan daripada pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bila isu itu mendapat liputan meluas media, Lim kemudiannya menyalahkan MCA, mengingatkan terhadap skandal seks Dr Chua pada 2007, yang mana menurutnya menjadi punca kekalahan parti itu pada pilihan raya 2008.

“Saya tidak ada hubungan intim dengan bekas pembantu saya. Isteri saya tidak pernah menyerang saya atau sesiapa dalam hidupnya.

“Biar MCA mengulangi tuduhan mereka di hadapan publik dan saya dan isteri boleh mengambil tindakan di mahkamah,” kata Guan Eng dan menambah, “Lim Guan Eng bukan Chua Soi Lek!”

Dr Chua, bekas Menteri Kesihatan telah dirakam adegan ranjangnya dengan kekasihnya pada 2007 dan dipaksa meletak jawatan daripada kerajaan dan politik.

Chew semalam mengeluarkan kenyataan mempertahankan suaminya dan mendakwa Lim tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan bekas pembantunya, malah beliau menegaskan tidak pernah menyerang sesiapa termasuk wanita tersebut.

“Suami saya bukan Chua Soi Lek,” katanya dan mengingatkan Dr Chua terhadap skandal beliau.

“Kami menjalankan parti bukan seperti DAP. Kami memberikan kebebasan kepada ahli,” kata Dr Chua lagi.


No comments:

Post a Comment