KETUA Umno bahagian Cheras,
Datuk menuntut supaya MP Beaufort Datuk Lajim Ukin yang kini dianggapnya 'gunting
dalam lipatan' supaya meletak jawatan di dalam kabinet serta-merta.
Katanya, MP Umno itu perlu
berbuat demikian sekiranya benar-benar ingin keluar daripada parti.
"Adalah tidak wajar
beliau masih berada di dalam kabinet kerajaan persekutuan sedangkan
tindak-tanduknya dianggap seperti gunting dalam lipatan," kata pemimpin
Umno yang lantang bersuara itu.
Syed Ali (kanan) berkata,
beliau bimbang Lajim akan dituduh sengaja menggunakan kemudahan di pejabat
timbalan menteri kementerian berkenaan untuk meneruskan siri kempen politik
beliau untuk menjatuhkan BN di Sabah.
“Cara terbaik jika dia
pemimpin bermoral adalah letak jawatan sebagai timbalan menteri dengan serta-merta jika sahih akan masuk
pembangkang,” kata Syed Ali dalam blog rasmi Umno bahagiannya.
Kenyataannya itu timbul
ekoran tindakan Lajim meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan
Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi
mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.
Lajim juga awal minggu ini
telah mengadakan satu pertemuan dengan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Nik
Aziz Nik Mat di Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment