Monday 30 July 2012

UMNO SABAH SERAH KEDUDUKAN LAJIM KEPADA PUSAT




KOTA KINABALU : Umno Sabah akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menentukan kedudukan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai anggota Umno selepas beliau mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata parti itu menyedari bahawa Lajim tidak lagi bersama-sama dalam perjuangan Umno dan BN.

"Jadi, kita serahkan kedudukan beliau kepada pucuk pimpinan Umno dan BN," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Berbuka Puasa anjuran Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di Menara Usia 1Borneo, dekat sini Ahad.

Musa yang juga Pengerusi BN negeri diminta mengulas tindakan Lajim meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta merta.

Bagaimanapun, ketika mengumumkan perkara itu, Lajim dipetik sebagai berkata bahawa beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.

Musa menekankan bahawa apa juga masalah dalam BN dan Umno, ia boleh dibincang dan diselesaikan secara bersama dalam semangat BN.

Katanya, Umno akan terus bekerjasama dengan parti komponen BN yang lain untuk bersiap siaga memastikan persediaan rapi bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Musa berkata bermacam-macam tuduhan telah dibuat menerusi media namun sebagai pemimpin Umno dan BN Sabah, "Saya sentiasa memberikan sokongan kepada beliau (Lajim) sama seperti yang saya berikan kepada semua wakil rakyat Umno dan BN".

Beliau berkata ini termasuk memberikan sokongan dan bantuan kepada banyak program dan aktiviti beliau.

Ditanya mengenai tindakan timbalan presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Bumburing meninggalkan BN, Musa berkata: "Perkara ini bukan baru, perkara ini sudah lama kita ketahui tapi baru hari ini beliau buat keputusan...terpulang kepada parti mereka".

"Semua orang bebas membuat keputusan, yang penting saya katakan, kita mesti ikhlas dalam perjuangan kita. Ini yang penting. Umno dan BN sentiasa bekerjasama, kita akan terus pastikan program dan projek yang kita laksanakan dapat diteruskan untuk rakyat," katanya.

Musa berkata sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas berikutan tindakan Lajim dan Bumburing, dan menegaskan bahawa tidak ada krisis dalam BN Sabah. (Bernama)

7 comments:

  1. Now Lajim's position is up to the top leadership of UMNo. We should wait and see what their decision's are.

    ReplyDelete
  2. Musa Aman has stressed that there are no internal crisis in the party, the only problem is Lajim, but he has already decided to leave the party so it's no longer an issue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hal Lajim bukan masalah bagi BN, BN tak perlu risau pasal Lajim.

      Delete
  3. Lajim’s appointment as Deputy Minister of Housing and Local Government has been nullified with the consent of the Yang di-Pertuan Agong after the Beaufort MP had announced his defection from the Barisan Nasional (BN)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim waiting to be sacked instead of withdraw from UMNO like a gentleman.

      Delete
  4. Mengenai kedudukan Lajim itu adalah yang terbaik diberikan kepada pihak atasan iaitu kerajaan persekutuan.

    ReplyDelete
  5. Tidak perlu lagi kerajaan negeri pening-pening kepala memikirkan hal Lajim ini. Memang patut kerajaan persekutuan menyelesaikannya.

    ReplyDelete