Wednesday 21 December 2011

NGO CINA SOKONG KEPIMPINAN V.K.LIEW


ALBUM...VK LIEW bergambar bersama-sama Ketua NGO Masyarakat Cina.

Oleh : SHAIMON S JUAMDI Foto : HARRY CHUNG

NAMPAKNYA masyarakat Cina di daerah Sandakan mula sedar tentang perjuangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bukan saja membawa arus perdana dalam aspek pembangunan dan kemudahan asas tetapi juga menjurus kepada memupuk semangat perpaduan dan setia kawan antara satu sama lain.

Ini jelas di mana ketua-ketua masyarakat Cina menenrusi badan-badan NGO begitu senang menerima kepimpinan Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong kerana mengambil berat terhadap permasalahan rakyat.

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh V.K Liew kepada Sabahkini.Net sejurus selepas pertemuan dari hati ke hati dengan beberapa ketua-ketua NGO yang diterajui oleh masyarakat Cina di daerah Sandakan, di pejabatnya, kelmarin.

“Sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat daripada berbilang kaum, kita seharusnya berlaku adil dalam memberikan bantuan dan kemudahan asas di setiap kawasan kampung mahupun taman-taman perumahan di parlimen Sandakan,” tegas Liew.

Ujarnya lagi, beliau sedar kawasan Sandakan yang melibatkan dua kawasan DUN, Tanjung Papat dan Elopura masih banyak kekurangan dalam aspek prasarana, namun beliau terus memberikan perhatian untuk mendapatkan peruntukan lebih bagi membangunkan Sandakan.

Dalam konteks ini, kata V.K.Liew, pembangkang sering menafikan apa sahaja bentuk kemudahan dan pembangunan yang diusaha oleh kerajaan BN tidak kena dengan mereka.

”Sedangkan program pembahagian bantuan sekolah kepada murid-murid sekolah sebanyak RM100 juga diprotes; sama juga dengan program yang sedang dijalankan oleh kerajaan melalui agensinya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu bantuan RM500 untuk penduduk di seluruh negara pun diprotes juga,” tegasnya.

Katanya, rakyat yang inginkan kemajuan dalam kepesatan pembangunan sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar, jangan mudah menerima hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab dan sengaja memporak porandakan perpaduan rakyat dengan tujuan untuk menarik simpati terhadap perjuangan sia-sia mereka.

No comments:

Post a Comment