Oleh: MATURIN MOHAMMAD
NAIB Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Rudy Sulaiman Mairi (gambar), meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi penjelasan kepada rakyat Sabah status kes Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah, Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad berkaitan isu menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu beberapa bulan lalu.
Katanya, rakyat dinegeri ini masih keliru dan tertanya-tanya apakah status kes tersebut setakat ini sama ada ianya dilupuskan begitu sahaja atau sebaliknya kerana sebelum itu kes tersebut pernah menggemparkan rakyat Sabah kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Kita minta pihak KDN setidak-tidaknya tampil memberi penjelasan. Lagi pun gelagat Akjan kini semakin agresif di mana kelibatnya seakan akan seorang pemimpin mewakili kesukuannya selepas bebas menyebabkan timbul kemarahan di pihak kesukuan lain,” kata Rudy.
“Sedangkan banyak orang tahu isu Akjan adalah serius termasuk latar belakangnya, tetapi mengapa dia boleh dilepaskan begitu mudah tanpa dihadapkan ke Mahkamah mahu pun penjelasan terperinci daripada KDN. Keadaan itu menimbulkan sesuatu pra sangka buruk terhadap kerajaan,” tegas Rudy.
Pada Isnin, Akjan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Pekida Sabah dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, pertubuhan itu membantah penubuhan RCI untuk menyiasat pemberian Kad Pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi ‘Projek IC’ yang disifatkannya sebagai karut dan tidak benar.
Akjan menambah, kewujudan RCI tidak memberi kesan positif terhadap matlamatnya malah ia bakal mewujudkan perselisihan faham dan ketegangan di kalangan kesukuan dan etnik lain di Sabah; sambil menambah bahawa ia sengaja dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik dengan niat yang jahat untuk menimbulkan permusuhan dengan kerajaan pusat.
Dalam pada itu, Rudy terkejut dengan kenyataan Akjan kerana dengan begitu sombong menidakkan hak rakyat Sabah untuk meminta kerajaan menyelesaikan masalah yang menghantui rakyat Sabah seperti isu pemberian Kad Pengenalan secara tidak sah yang berlaku berpuluh tahun lalu.
Tambahnya, memang tepat sekali langkah yang sebaik baik dan wajar dilakukan dengan menubuh RCI sebagai suatu pendekatan yang terbaik malah ia dibenarkan mengikut undang undang dan Perlembagaan Negara.
“Akjan tak perlu gentar dengan penubuhan RCI kerana ia merupakan suatu badan yang ditubuh khusus untuk menyiasat pemberian Kad Pengenalan kepada PATI, tetapi sekiranya pemberian itu dilaksanakan secara sah dan teratur kenapa pula perlu gusar dengan pelbagai tuduhan itu dan ini,” tegas Rudy.
Mengenai dengan kewujudan kesukuan dan 26 etnik di Sabah termasuk Suluk, Bajau-ubian, dan Simunul, sememangnya etnik itu sudah lahir di Sabah sejak sebelum merdeka lagi iaitu di zaman Kolonial lagi di mana etnik-etnik itu merupakan rakyat yang berstatus warganegara walaupun nenek moyang mereka dipercayai berasal dari kepulauan Sulu.
Sebaliknya tegas Rudy, apa yang dipersoalkan dalam konteks ini adalah bagi mereka yang berhijrah ke negeri ini secara tidak sah atau pelarian akibat peperangan saudara yang tercetus diSelatan Filipina sekitar tahun 1970-an adalah disifatkan sebagai PATI.
Sabah sudah ada USIA, perlu lagi ka PEKIDA ni.
ReplyDeleteberapa peluang yang telah diberikan kepada Akjan? dulu, dia pernah ditangkap di bawah ISA sebab jual IC Projek hinggalah kes dia menabalkan diri sebagai sultan tapi masih lagi diberikan kepercayaan. hairanlah dengan dia ni.
ReplyDeletememang perlu KDN perjelaskan status dia yang sebenar. dengar2 dulu dia ni PATI. kalau memang benar, patutlah dia menolak penubuhan RCI. apapun, apa hak dia menolak dan mempersoalkan RCI ni??
ReplyDeleteAkjan ni sebelum ini mmg ada rekod yang tidak baik, kini ia mengaku sebai Sultan Sulu, dia ni mmg seorang yang memberi ancaman kepada negara, patut ambil tindakan tegas terhadapnya
ReplyDeletetiada siapa yang nak menerimanya sebagi sultan, jgnkan di Sabah, pendudk Sulu di filipina sendiri tak mengaku dia sebagai Sultan, dia hnya syok sendiri.
ReplyDeleteSaya pun keliru dengan kes Akjan ini. Bilang mengugat keselamtan tapi dia macam ada kebebasan pula tu.
ReplyDeleteMacam mana pun kebebasan Akjan perlu disekat. Ini adalah untuk kebaikan bersama.
ReplyDeleteOrang buta pun sedar akan kebebasan serta kelancangan Akjan sejak akhir-akhir ini.
ReplyDeleteEntah kenapa saya merasakan Akjan ni kebal, seolah-olah ada 'kuasa' yang melindunginya... hhmmm, hairan???
ReplyDeleteUntuk kepentingan bersama rasanya ada baikknya juga kebebasan si Akjan ni disekat. Kalau tak makin naik kepala lah dia ni..
ReplyDeleteLogiknya kalau betul lah Akjan ni orang baik dan bukan hasil dari 'projek ic' pasti dia tahu apa yang diingini oleh rakyat tempatan. Kalau dia terus dengan sikapnya yang tunjuk hero, aishh entah apalah yang akan berlaku nanti.
ReplyDeleteKalau takda juga tindakan yang dibuat, apa boleh buatlah.. Kita sebagai rakyat sendiri mahu ingatlah...Nilai sebaik mungkin dan buat apa yang patut.
ReplyDeleteI'm really annoyed with this Akjan guy. The gov ought to take serious action against him.
ReplyDeletewho is he to appoint himself as the sultan of sulu..
ReplyDeleteI'm surprise to see him still around in sabah and even dare to give his opinion regarding the rci matter.
ReplyDeleteHarap penjelasan akan diberikan mengenai status kes si Akjan ini. Rakyat berhak mengetahui keadaan sebenar.
ReplyDeletePihak KDN perlulah tampil memberi penjelasan yang sewajarnya.
ReplyDeleteminta saja RCI ditubuhkan.. kemudian minta RCi siasat status si Akjan..
ReplyDeletedaripada sibuk minta KDN jelaskan status si Akjan, baik gunakan peluang itu untuk desak kerajaan persekutuan bagi menubuhkan RCI..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSilap haribulan si Akjan sendiri dalang di sebalik projek ic. Itulah dia berhabisan mahu tentang RCI ini.
ReplyDeletenyata sekali rakyat Sabah inginkan RCI ini ditubuhkan dengan segera
ReplyDeletejadi semoga kerajaan mempertimbangkan permintaan rakyat ini
ReplyDeleteharap ini tidak lagi diperlengah-lengahkan
ReplyDeletememang masalah PATI telah sekian lama berlanjutan dan membimbangkan
ReplyDeleteharap masalah ini ada penyelesaiannya
ReplyDeletenampaknya isu Akjan masih lagi mendapat perhatian daripada banyak pihak.
ReplyDeletebiarlah pihak yang berkuasa melakukan apa yang patut dalam pekara ini.
ReplyDeleteapa pun, harap masalah pati akan dapat diseleaikan.
ReplyDeleteApakah tujuan sebenarnya Akjan mengakui diri seorang Sultan? Apakah motifnya?
ReplyDeleteIm sure the government will resolve the matter soon.
ReplyDeleteHarus juga KDN memberi penjelasan supaya golongan awam tidak membuat anggapan yang bukan-bukan.
ReplyDeleteBiarlah RCI membuat siasatan terperinci.
ReplyDeletePast record Akjan not really good.
ReplyDeletejangan membiarkan perkara ini menjadi contoh buruk kepada rakyat dan generasi muda.
ReplyDeleteKalau RCI dapat membantu menyelesaikan masalah, harus juga bertindak cepat.
ReplyDeleteAdakah betul Akjan terlibat dalam projek IC? Buatlah siasatan agar soalan dijawab.
ReplyDeleteKDN harus tampil dan memberi penjelasan. Masyarakat akan membuat anggapan yang tidak baik terhadap KDN.
ReplyDeleteProjek ic ini merisaukan. Tambahan pula PATI yang makin banyak dan mengancam ketenteraman. kenapa kerajaan masih tiada tindakan? Kini, Akjan pula muncur.
ReplyDeleteNampaknya kes Akjan ini masih berlegar difikiran rakyat. Kenapa kes Akjan tidak diambil serius untuk ditangani.
ReplyDeleteKalau kes Akjan rasanya RCI itu sesuai untuk menyiasat perkara ini. Jangan biarkan Akjan terlepas begitu saja ini akan memburukan keadaan saja nanti.
ReplyDeleteDulu Akjan pernah ditahan dibawah Akta ISA kerana kes membuat IC Palsu kepada pendatang. Tapi sekarang Akjan cuba mentabalkan diri sebagai sultan sulu tapi dilepaskan begitu saja. Ini yang menimbulkam persoalan dari pelbagai pihak.
ReplyDelete