Sunday, 21 December 2014

1 MAUT 22 CEDERA DI LAHAD DATU



OLEH : Krew Sabahkini.net



LAHAD DATU : Seorang anggota Batalion ke-17 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) maut dalam kejadian kemalangan di KM4 Jalan Tengah Nipah-Lahad Datu sekitar jam 10.30 pagi kelmarin.


Timbalan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Brigedier Jeneral Subari Tomo mengesahkan bahawa seramai 23 anggota yang terlibat dalam kemalangan berkenaan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. 

Koperal Mohd Farouk bin Baha disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 11.15 pagi manakala Prebet Nik Mohamad Haikal Shakir bin Nik Subardi dan Prebet Mohamad Hadri Hafiz bin Othman masih dalam keadaan kritikal.

Jenazah Mohd Farouk akan diterbangkan ke Tawau esok pagi sebelum dihantar ke Kuala Lumpur pada tengahari.


Sementara itu, punca kemalangan belum dapat dikenalpasti dan masih dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment