Thursday 18 December 2014

ADUN PKR Sabah letak jawatan?



Khabar angin tersebar bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam daripada PKR Roland Chia sedia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Jika berlaku, sebuah pilihan raya kecil akan dapat disaksikan di negeri di bawah bayu itu.

Roland di Facebook menulis bahawa beliau akan meletakkan jawatan ekoran masalah kesihatan dan berterima kasih kepada pengundi Inanam atas sokongan selama 17 bulan menjadi wakil mereka.

Malaysiakini cuba menghubungi Roland sendiri bagi mengesahkan perkara itu.

PKR: Status belum jelas

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli (bawah)
dalam kenyataannya sebentar tadi berkata parti itu sedang mengesahkan kenyataan Ronald di Facebook itu.

Bagaimanapun, katanya, makluman daripada pimpinan PKR negeri mendapati Ronald benar-benar mengalami masalah kesihatan walaupun tidak dapat dipastikan statusnya.

“Sehingga saya dapat berhubung sendiri dengan Dr Roland Chia, saya tidak dapat mengesahkan sama ada keputusan meletakkan jawatan itu adalah muktamad atau mengesahkan apa-apa,” katanya yang juga naib presiden PKR. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment