Monday 1 December 2014

PATI JUAL MINYAK DIESEL MALAYSIA?


OLEH: PAPARAZI


JUAL MINYAK DIESEL HARAM...dikhuatiri akan mudah berlaku kebakaran

KARAMUNTING - Penduduk tempatan melahirkan rasa tidak senang hati terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendirikan rumah haram di belakang Flat  MPS Karamunting.

Mendirikan rumah haram bukanlah isu utama yang diutarakan dalam pendedahan kali ini, akan tetapi kegiatan PATI menjual minyak Diesel bersubsidi semakin berleluasa dan dibiarkan pihak berkuasa tempatan.



Kata seorang penduduk di kawasan itu yang namanya enggan disiarkan, mereka inginkan penjelasan tentang bagaimana PATI berkenaan mampu memperoleh Lesen daripada Porla atau Lesen Perniagaan daripada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

“Kami takut sekiranya berlakunya kebakaran sudah pastinya api merebak ke bangunan yang berhampiran” katanya.

Tambah jurucakap itu lagi para penduduk disitu  meminta pihak Kementerian  Perdagangan  Dalam Negeri Kepenggunaan  dan Koperasi (KPDNKK)  supaya mengadakan serbuan ke tempat yang dimaksudkan itu termasuk pihak MPS dan pihak Porlla untuk membanteras kegiatan haram itu.


“Satu perkara lagi  yang saya ingin bongkar adalah setelah surau dirobohkan kerana terlibat dalam projek jalan raya, sekali surau berkenaan dibangunkan semula. Sebenarnya pihak MPS tidak membenarkan pembinaan sebarang rumah ibadah didirkan di kawasan berkenaan, tapi kenapa orang asing (PATI) dibenarkan mendirikan rumah  haram di bekas tapak surau itu” tanya jurucakap itu.

No comments:

Post a Comment