Friday 19 December 2014

CAPS DESAK KPDNKK SIASAT TONG-TONG GAS KOSONG SELUDUP


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Pertubuhan Perlindungan  Pengguna Sabah  (CAPS) mendesak pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya menyiasat tentang kekurangan tong gas sama ada jenama Petronas mahupun Shell di seluruh  pelusuk daerah di negeri ini.


Timbalan Presiden CAPS merangkap Pengerusi Pertubuhan Perlindungan Pengerusi Sabah Bahagian Sandakan, Hj  Ali Ahmad berkata demikian kepada media ketika mengulas sebuah berita yang tersiar di portal online Sabahkini.Net  yang beertajuk ‘Kekurangan Tong Gas Kerana Diseludup Ke Filipina’ bertarikh 18 Disember 2014.

Ali berkata pihak CAPS sejak kebelakangan ini banyak menerima aduan daripada pengguna tentang kekurangan tong gas dua-dua jenama itu semakin kurang dijual di pasaran sekarang ini.

“Kalaupun ada tong gas kosong dijual hanya dikedai India sahaja dengan harga setong RM200.00 dan tong berisi pula dijual harga RM350.00” katanya.

Katanya lagi, agen-agen penjual gas Shell atau Petronal lebih cenderung dan  menjual tong gas kosong kepada pelanggan dari negara Filipina kerana harga se tong kosong mencecah RM250.00 


“Disebabkan tiada pemantauan  ketat dilakukan oleh pihak kementerian yang bekenaan, maka  barang-barang di negara ini dengan mudah diseludup ke nagara jiran kerana salah satu sebab para peniaga di sini mahu mengaut keuntungan yang lebih  besar. Sebagai contoh, minyak masak harga biasa RM2.50 mereka jual kepada pengguna di Filipina RM3.60 sebungkus” katanya.

No comments:

Post a Comment