OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN - Majlis Perbandaran Sandakan berharap agar penduduk tempatan tidak akan mempertikaikan tindakan pihak Penguatkuasa MPS mengadakan operasi di sekitar bandar ini kelmarin bagi membanteras para penjaja haram yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
“Kalau pihak MPS kerap mengadakan operasi sebegini rupa sudah pasti ia dapat membanteras gejala ini menular lebih banyak lagi dan setiap tangkapan mereka mesti dikenakan kompaun seperti mana pihak MPS telah mengenakan kompaun kepada para penjaja tempatan yang melanggar peraturan” kata Jurucakap itu.
Terdapat sesetengah masyarakat tempatan teramat marah apabila pihak MPS membuat operasi bagi menangkap para penjaja haram yang melibatkan PATI. Bahkan mereka menuding jari kepada pihak berkuasa tempatan kononnya pihak MPS sangat kejam kerana melarang aktiviti berniaga dan meminta sedekah secara berleluasa yang selama ini menjadi mata pencarian warga asing.
Kata sumber itu lagi, mereka membiarkan sahaja aktiviti PATI itu tanpa diambil sebarang tindakan undang-undang kerana telah banyak menyumbang kepada kerajaan BN yang ada sekarang khususnya di musim-musim pilihanraya umum.
Mereka yang mempunyai Mykad,100 peratus mengundi calon-calon BN, jadi semestinya hati mereka ini perlu dijaga sebaiknya.
PERINGATAN: Sabahkini.net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
ReplyDelete