Sunday 14 December 2014

PAN BORNEO GAGAL SIAPKAN BINA JALAN SEGALIUD HAMPIR SETAHUN


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO HAJI NASIR MUSLI



SANDAKAN - Kegagalan pihak kontraktor khususnya Pan Borneo  menyiapkan sepenuhnya pembinaan semula jalan di Segaliud bermula dari Check Point Sandakan-Kota Kinabalu  menghala ke Lahad Datu dan Tawau sudah hampir setahun lamanya  telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan pengguna jalan.


Projek pembinaan jalan itu bermula pada tahun 2013 namun sehingga ke hari ini projek berkenaan belum siap; jalan raya masih belum diturap dan mengundang masalah pencemaran udara iaitu habuk yang teruk ketika memandu selain menyukarkan kenderaan rendah dan kecil bergerak. 



Para pemilik kenderaan yang berulang alik menggunakan jalan tersebut banyak menhadapi masalah terutama sekali tayar kereta. Bukan itu sahaja, sepanjang pembinaan jalan tersebut, didapati banyak mengundang kecelakaan jalan raya. Dalam tempoh 6 bulan sahaja, sudah berlaku kemalangan lebih 16 kali  yang melibatkan kenderaan dan 70  peratus menyebabkan kematian.


Pihak kontraktor nampaknya seolah-olah sengaja melambat-lambatkan penyiapan projek berkenaan. Apa pun alasan yang diberikan sepatutnya pihak kontraktor tampil meberi penjelasan kelewatan menyiapkan projek itu.

No comments:

Post a Comment