Wednesday 10 December 2014

KAUNSELOR MPS MAKAN GAJI BUTA?



OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO  MUSTAFFAH MOHD HASSAN




SANDAKAN - Pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  nampaknya kurang prihatin untuk menjaga kebersihan di mana-mana  sahaja tempat  termasuk semua lorong-lorong bangunan kawasan bandar khasnya yang menjadi tumpuan orang ramai.


Kekotoran  yang terdapat di  bandar Sandakan tidak jauh bezanya  dengan pekan Semporna; kebanyakan lorong-lorong deretan bangunan di bahagian belakang didapati kotor dengan air bertakong dan berbau busuk.



Wartawan kami telah membuat tinjauan di  beberapa tempat khususnya di lorong-lorong bangunan di kawasan bandar Sandakan. Tempat berkenaan jelas tersangatlah kotor. Keadaan ini amat memalukan pihak kerajaan kerana ianya  menjijikan mata para pelancong asing yang sering berkunjung ke bandar yang berstatus bandar besar ini.

Orang ramai kini  mulai mempertikai tindak tanduk pihak MPS yang langsung tidak mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan sedangkan MPS telah melantik beberapa orang sebagai  ahli majlis (Counsellor) mengkut jurusan masing-masing. Namun amatlah dikesali kerana tida seorang pun Kaunselor yang turun padang untuk meninjau  tempat-tempat yang bermasalah itu.

Masalah kekotoran yang terdapat dilorong-lorong bangunan berkenaan sering pandang remeh oleh pihak MPS  sehingga sanggup membiarkannya begitu saja; seolah-olah air bertakong yang berbau busuk menjadi perhiasan untuk tarikan pelancong luar


Contoh terdekat adalah di lorong bangunan Restoran Zakaria 3 Leboh depan Wisma Sandakan. Keadaan kotor di situ sudah sekian lama tidak pernah dibersihkan. Para  peniaga membayar pelbagai cukai kepada pihak MPS nanum perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan dan amat mengecewakan para pembayar cukai.

No comments:

Post a Comment