Tuesday, 2 December 2014

PENGUSAHA BAS AKAN NAIK TAMBANG 90 PERATUS PADA 1HB JAN 2015

OLEH: PAPARAZI



LAHAD DATU - Persatuan Pengusaha Bas di seluruh Sabah sebulat suara telah bersetuju akan menaikkan tambang bas sebanyak 90 peratus berkuatkuasa pada 1hb Januari 2015.


Jurucakap persatuan itu berkata, kenaikan tambang bas itu ekoran daripada  kenaikan harga minyak diesel lalu para pengusaha pengangkutan awam tidak ada  pilihan lain melainkan menaikkan harga tambang sehingga mencecah 90 peratus.

“Keputusan yang kami ambil ini adalah bersesuaian  dengan harga diesel yang kian melambung tinggi. Jika harga tambang bas tidak dinaikkan, kami akan mengalami kerugian besar” kata  Jurucakap itu lagi.

Katanya,  kenaikan ini akan diikuti oleh para Pengusaha Lori sebanyak 100 peratus untuk cukai pengangkutan barang-barang, jadi jangan hairan kalau pekedai runcit akan menaikkan harga barangan jualan hingga 80 peratus.

Begitu juga para pemilik restoran akan turut menaikkan harga jualan makanan dan minuman sebanyak 90 peratus bermula pada 1hb Februari 2015.


“Kami tidak takut  jika pihak kerajaan bakal mengambil tindakan terhadap kami. Malah kami akan saman kerajaan kalau mereka menidakkan hak kami menaikkan tambang semasa dari Sandakan ke Kota Kinabalu  sebanyak RM43.00 kepada RM75.00 nanti. Keputusan kami sebagai Pengusaha Bas adalah tepat dan muktamad” kata jurucakap itu.

No comments:

Post a Comment