Wednesday 10 December 2014

Diancam saman, Amazon jual buku tentang Taib



Gergasi jualan atas talian Amazon tetap menjual buku Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia, walaupun menerima ugutan saman fitnah oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Taib antara pihak disentuh dalam buku itu.

Buku itu mula dijual oleh pengedar buku United Kingdom (UK) pada 8 Disember, kata NGO Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) dalam kenyataannya semalam.

Pengarah eksekutif BMF Lukas Straumann (kanan), penulisnya, sebelum ini digantung oleh Amazon selepas Taib menghantar surat peguam kepada Amazon.

“Masyarakat sivil hari ini mendapat kemenangan penting terhadap ahli politik mapan yang cuba menghentikan pengedaran buku yang kritikal pada Yang Dipertua Negeri Taib...,” katanya.

“Amazon bukan hanya menjual buku itu tetapi turut menawarkan sejumlah pengedar buku bebas daripada UK dan Ireland untuk memasarkannya.”

Dalam surat kepada Amazon pada 23 Oktober, peguam Taib di UK Mischon de Reya berkata, buku itu berunsur fitnah kerana menggambarkan Taib sebagai pemimpin kuku besi yang korap dan mengaitkannya dengan dakwaan perdagangan balak haram.

Surat peguam itu juga dihantar pada penulis, penerbit dan pengedarannya.

Di Malaysia, buku itu diedar oleh Gerakbudaya. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment