OLEH: SHAIMON
S JUMADI
BATU SAPI : Mangsa kebakaran di dua
buah kampung Gas dan Kampung Pisang di kawasan DUN Sekong nampaknya tidak
terpinggir untuk mendapat bantuan dari mana-mana pihak yang sudi menghulur
bantuan kepada mangsa tersebut.
Tragedi kebakaran di Kampung Gas yang
membabitkan 17 buah rumah dan melibatkan
182 keluarga yang tinggal sehelai sepinggang diberi bantuan oleh Ahli
Parlimen Sandakan Stephen Wong kelmarin.
Mantan Calon DUN Tanjung Papat Frankie Poon,
Mantan calon DUN Karamunting Calvin
Chong dan Pegawai Khas MP Sandakan Amsi Liew bagi pihak Stephen Wong telah
menyerahkan bantuan tersebut kepada
mangsa-mangsa kebakaran itu.
Tujuan memberikan bantuan tersebut adalah untuk
meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa -mangsa kebakaran.
Dalam tragedi kebakaran yang berasingan yang
berlaku di Kampung Pisang dalam kawasan
Batu Sapi juga turut sama tidak diabaikan bahkan mereka mendapat bantuan
daripada DAP Sandakan.
Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen
Sandakan Amsi Liew dengan ditemani oleh mantan calon DUN Tg Papat Frankie Poon.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan
berkata mereka yang telah ditimpa musibbah itu harus bersabar; ada
hikmah di sebalik musibah berkenaan.
No comments:
Post a Comment