Wednesday 10 December 2014

'K'jaan tak akan tarik balik kerakyatan Alvin dan Ali'



Kerajaan Malaysia tidak akan menarik balik kewarganegaraan penulis blog kontroversi Alvin Tan dan aktivis Ali Abdul Jalil.

“Tak boleh, dia lahir di sini," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Kewarganegaraan itu kalau orang dianugerahkan, maknanya dia anak kelahiran Malaysia, kerajaan Malaysia tidak sekejam itu," katanya dalam satu sidang akhbar di kementeriannya hari ini.

“Namun begitu, tidak ada pasport itu pun kira satu seksa, dia cari keseksaan sendiri,” kata Zahid.

Mengenai ada pihak yang mempersoalkan penarikan pasport mereka, Zahid menegas bahawa kerajaan mempunyai hak untuk menariknya balik.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Mustafa Ibrahim kemudiannya menambah, bahawabelakang muka pasport jelas menyatakan bahawa dokumen itu hak milik kerajaan Malaysia dan boleh ditarik pada bila-bila masa.

Katanya, penarikan itu tidak berkaitan dengan Akta Imigresen atau Akta Pasport.

Berhubung dakwaan Ali bahawa dia telah mendapat kad suaka politik di Sweden, Zahid berkata, terpulang kepada negara berkenaan.

“Tindakan kita mengikut undang-undang yang sedia ada dalam Malaysia, kalau ada badan lain atau negara lain yang memberi sebarang dokumen perjalanan, itu soal negara dan badan berkenaan,” jelasnya. (Malaysiakini)

1 comment:

  1. PERINGATAN: Sabahkini.net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    ReplyDelete