Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 melibatkan kawasan seluas 60,000 kaki persegi di dasar laut selatan Lautan Hindi dilaporkan mungkin selesai Mei ini.
Pegawai Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetahui berhubung pencarian itu, memberitahu Perth Sunday Times bahawa tiga kapal dalam pencarian besar-besaran itu sudah menjelajah dua pertiga daripada zon keutamaan carian.
Pencarian itu kini sudah berjalan sembilan bulan sejak pesawat itu hilang ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Kawasan carian 1,200 kilometer di Barat Daya Perth itu dilihat paling mungkin untuk menemui pesawat itu. (Malaysiakini)

ReplyDeletePERINGATAN: Sabahkini.Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.