OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN - Kegagalan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) membersihkan takongan air berbau busuk di atas jalan lorong bangunan 16 bandar ini telah menimbulkan kontraversi di kalangan para peniaga berhampiran.
“Sepatutnya pihak MPS lebih peka dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di mana-mana saja tempat bukannya membiarkan air berbau busuk terus bertakong di atas jalan itu sehingga menyakitkan mata memandang terutama para pelancong asing.
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt berkata demikian kepada media sejurus selepas beliau melawat tragedi kebakaran di bangunan tingkat 11 blok 16 petang tadi.
Dalam kejadian kebakaran itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama dua buah jenteranya telah berjaya memadamkan api dari terus merebak ketampat bangunan lain.
Punca kebakaran dan taksiran kerugian harta benda yang terbakar masih lagi dalam sisasatan pihak Bomba.
No comments:
Post a Comment