Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan riadahnya bersama
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang disifatkan sebagai
“diplomasi golf”.
Katanya, permainan golf di pulau percutian Hawaii itu adalah hasil jemputan Obama yang berkunjung ke Malaysia awal tahun ini.
Permainan golf dengan pemimpin negara lain juga menjadi amalan bekas timbalan perdana menteri Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan juga bapanya sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
“Setiap pagi semasa saya di luar negara saya mengikuti perkembangan dalam negara. Ekoran kejadian banjir yang semakin buruk, saya memutuskan untuk pulang ke Malaysia.
"Saya terus menuju ke Kota Bharu dan masih belum pulang ke rumah lagi,” katanya seperti dipetik dalam laporan berita TV1 malam ini.
Katanya, kunjungan itu merupakan pengiktirafan kepada peranan Malaysia yang bakal mengetuai gabungan kerjasama negara-negara ASEAN tahun depan.
Najib bergegas ke Kota Bharu yang teruk dilanda banjir itu selepas kritikan meluas kerana bercuti ketika negara dilanda banjir yang menyebabkan lebih 100,000 orang hilang tempat tinggal.
Percutiannya itu turut mendapat liputan media Amerika Syarikat termasuk Washington Post dan New York Times. (Malaysiakini)
No comments:
Post a Comment