NASIHAT.....Seorang anggota
polis penguatkuasa Syariah Aceh (kiri) memberi nasihat kepada beberapa orang
gadis Aceh semasa membuat pemeriksaan cara berpakaian bagi wanita Islam di
sebatang jalan di Banda Aceh pada 1 Disember 2009.
BANDA ACEH : Premis-premis
perniagaan di wilayah Aceh, tidak lama lagi akan diharamkan menjual pakaian
yang ketat. Pengumuman itu dibuat selepas polis Syariah di Banda Aceh menahan
dan menegur lebih 50 wanita dan tiga lelaki kerana melanggar kod berpakaian
secara Islam, termasuk memakai pakaian ketat dan pendek.
Ketua penguatkuasa agensi
yang memantau pelaksanaan undang- undang Syariah di Aceh, Samsuddin berkata,
pejabatnya akan mengeluarkan satu pekeliling yang akan mengharamkan
premis-premis perniagaan menjual pakaian ketat.
“Gabenor Aceh yang baru
dipilih juga menyokong pelaksanaan undang-undang Islam itu,” kata Samsuddin.
Polis Syariah di Aceh sering
melakukan rondaan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam dan mengharamkan
kelakuan tidak wajar antara pasangan yang belum berkahwin.
Pegawai akan merekodkan
butiran peribadi mereka yang ditahan melakukan kesalahan, menasihati mereka dan
memaklumkan bahawa mereka mungkin akan dipenjara atau dirotan jika ditahan
sekali lagi.
Menurut Samsuddin, agensinya
telah menahan kira-kira 300 wanita yang melanggar kod berpakaian secara Islam
dalam tempoh dua bulan lalu. (DPA)
No comments:
Post a Comment