Oleh : AIMAN AZLAN
PADA 14 Julai 2012, saya
post satu status di Facebook page saya: “Jangan pandang rendah kepada yang
tidak bertudung.”
Tanpa diduga, status ini
menjadi 'hangat'. Banyak interpretasi yang timbul yang tidak ada kaitan dengan
status tersebut. Mungkin ada kaitannya, tetapi jauh daripada maksud yang ingin
disampaikan. Maka saya tertanya-tanya, “Apakah status tersebut tidak jelas?”
Saya tanya beberapa rakan
saya dan mereka tidak memberikan interpretasi yang melencong. Mereka faham.
Tetapi, mungkin kerana mereka rakan saya dan mereka mempunyai kefahaman yang
lebih kurang sama dengan saya. Jadi, saya minta maaf atas sebarang kekeliruan.
Dalam masa yang sama, saya
rasa kekeliruan yang timbul mungkin bukan kerana tidak faham apa maksud status
tersebut tetapi mungkin kerana:
-Minda sudah terbiasa dengan
equation perempuan tidak bertudung = perempuan tidak baik.
-Terburu-buru untuk memberi
reaksi tanpa meneliti dahulu status tersebut.
-Tidak 'dengar' apa yang
saya ingin katakan, tetapi 'dengar' apa yang diri sendiri ingin dengar. Dalam
Psikologi, ia dipanggil selective listening.
-Terlupa yang dalam Islam
adanya prinsip Husnuzon (bersangka baik).
Saya kata ini satu
KEMUNGKINAN sahaja, bukan satu KEPASTIAN. Apa yang berada di minda anda, hanya
Allah yang tahu dan saya tidak akan mengaku yang saya tahu. Saya tidak judge
anda.
Status ini, pada pandangan
saya, ringkas dan jelas. Tetapi, saya tetap ingin offer penjelasan tentang
status tersebut.
Sudah semestinya status itu
bukanlah untuk menyokong perbuatan tidak bertudung. Menutup aurat itu wajib.
Full stop!
Sudah semestinya status itu
bukanlah untuk melaga-lagakan perempuan bertudung dengan yang tidak bertudung.
Ini bukan WWF. Calm down!
Intipati status ini ialah
keperluan kepada diri untuk melihat manusia dengan kaca mata kasih sayang dan
bukan dengan kaca mata hantu jembalang. Fokus kepada potensi yang ada pada
setiap manusia, termasuklah yang pada zahirnya nampak 'kurang' Islamnya kerana
mungkin individu tersebut akan jadi jauh lebih baik daripada kita dan boleh
memberikan sumbangan besar kepada Islam. Default setting kita ialah kita
inginkan syurga untuk semua dan bukannya neraka.
Cara kita berfikir
menentukan cara kita approach orang dalam Dakwah.
Alhamdulillah, saya pernah
jumpa dengan beberapa Muslimah yang tidak bertudung yang mengajar saya satu
pengajaran yang amat berharga. Mereka tidak bertudung tetapi dahagakan Islam
dan ingin menyumbang bakti untuk agama.
Dahulu, saya fikir kalau
perempuan tidak pakai tudung maka imannya kurang. Tetapi, siapa saya untuk bawa
kayu ukur dan ukur panjang pendek keimanan seseorang? Tahap keimanan diri
sendiri pun tak tahu! Saya silap.
Tetapi saya sedar akan
kesilapan ini bukanlah di Malaysia, tetapi di Kanada. Saya aktif dengan Muslim
Students Association (MSA) di universiti saya di negara bukan Muslim itu.
Dalam kelab itu, ada seorang
Muslimah tidak bertudung yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Kelab.
Wallahi, dia adalah antara AJK yang paling efficient dalam menjalankan
tugasnya.
Segala tasks yang diberikan
siap dalam masa yang ditetapkan. Dia seringkali membuahkan pandangan-pandangan
yang bernas dalam mesyuarat kelab. Walaupun ada bisikan-bisikan hanyir daripada
belakang tabir yang mengatakan bahawa dia tidak patut memegang jawatan dalam
satu kelab Muslim kerana tidak bertudung, dia kental dan terus melakukan
kerjanya dengan baik.
Kami yang lain memberikannya
sokongan dan dorongan untuk terus kuat dan amanah dengan jawatan yang
diberikan.
Setiap tahun MSA akan
menganjurkan Islam Awareness Week (IAW) iaitu minggu di mana kami akan raise
awareness tentang Islam berdasarkan tema yang kami putuskan untuk tahun itu.
Saban tahun, apabila kami
meminta pertolongan ahli-ahli kelab untuk membantu menjayakan program ini,
ada-ada sahaja Muslimah yang tidak bertudung yang datang membantu. Kami tidak
bayar mereka. Mereka dengan sukarelanya datang membantu.
Apabila MSA mengadakan
kelas-kelas agama, dalam kalangan audience kadang-kadang nampak beberapa
Muslimah yang tidak bertudung yang datang untuk menimba ilmu.
What does this tell you?
Seperti yang saya katakan
sebelum ini, saya tidak sama sekali menyokong perbuatan tidak bertudung.
Menutup aurat itu wajib. Full stop. Setiap orang bertanggungjawab atas segala perbuatannya.
Mengapa saya underline
perkataan 'perbuatan'? Kerana approach kita ialah hate the sins, not the
sinners.
Pada pandangan saya, saya
rasa mereka rela menonjolkan diri kerana environment yang dibina ialah
environment yang (secara amnya) tidak prejudis. Environment di mana mereka yang
tidak bertudung tidak rasa dirinya disisih. Mereka bukan menonjolkan diri
kerana ‘redha’ ataupun ‘bangga’ dengan tidak bertudung. Percayalah, ramai
antara mereka yang malu kerana tidak bertudung.
Jadi, mengapa mereka tidak
bertudung? Saya tidak tahu. Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup mereka
yang menyebabkan mereka memilih untuk tidak bertudung.
Mungkin dia pernah lalui
pengalaman pahit dengan bertudung. Mungkin ayahnya menghalangnya untuk
bertudung. Mungkin dia tidak pernah dididik untuk bertudung. Mungkin dia kurang
yakin dengan identiti Islamnya. Mungkin, mungkin, mungkin, mungkin…
Ada banyak lagi sebab-sebab
lain selain “Oh, dia seorang perempuan yang tidak baik!”
Jihad al-Nafs (perjuangan
melawan diri) dalam diri seseorang tidak kita ketahui. Jadi, kalau tidak tahu,
jangan buat-buat tahu.
Jangan diukur iman seseorang
dengan sehelai kain. Saya dahulu begitu. Saya terlalu fokus kepada apa yang ada
(atau tiada) atas kepalanya sehinggakan saya terlepas pandang akan potensi
dirinya untuk kebaikan.
Kenapa saya define dirinya
dengan dosanya sedangkan tiada seorang manusia pun yang terlepas daripada dosa?
Adilkah saya? Tidak. Saya sepatutnya fokus kepada potensi dirinya untuk
kebaikan.
Boleh jadi, dia akan memberi
sumbangan besar kepada Islam yang saya tidak mampu berikan. Allahua’lam.
Kepada yang tidak bertudung,
saya doakan semoga Allah kurniakan kepada saudari semua kekuatan untuk menutup
aurat dengan sempurna. Saya doakan semoga Allah kuatkan keyakinan saudari semua
dalam Islam dan semua yang diajar dalam Islam.
Saya doakan semoga Allah
kurniakan saudari semua social support yang kuat dan sihat yang boleh membantu
saudari-saudari dalam perjuangan hidup untuk melawan nafsu dan syaitan. Ameen.
Jadi, jangan pandang rendah
kepada yang tidak bertudung. Mungkin, dia tinggi di sisi Allah.
No comments:
Post a Comment