Oleh
: NOMY NOZWIR
KUALA
LUMPUR : Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula negeri Selangor dan Kedah
dari kerajaan Pakatan Rakyat (PR), menurut kajian dari Prof Madya Dr Mohd Fuad
Mat Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.
Kajian
dari 10,000 orang yang ditemubual menunjukkan bahawa 65.3 peratus dari rakyat
Selangor berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin PR tidak bersefahaman dalam
menangani isu, sementara 66.4 peratus berkata masalah sosial meningkat sejak
Pakatan Rakyat mengambil alih.
Lima
puluh lima peratus lagi merasakan PR tidak dapat menyelesaikan masalah seperti
murtad dan masalah berkaitan dengan agama.
Kajian
menunjukkan di kawasan seperti Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok, Dengkil dan
Meru mengatakan bahawa 45.4 peratus akan menyokong BN dalam pilihan raya, 37.3
peratus akan menyokong PR sementara 17.3 lagi tidak pasti.
Sementara
itu di Kedah, 51 peratus dari rakyat yang ditemubual mengatakan Menteri Besar
(MB) merupakan seorang yang baik, namun, 63 peratus mengatakan bahawa tidak ada
kesefahaman antara kepemimpin PAS dalam memerintah Kedah.
Enam
puluh lapan peratus lagi mengatakan kerajaan Kedah tidak efisyen, dan 80
peratus mengatakan tentang kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS tidak mengambil
berat tentang isu persekitaran terutamanya pembalakan.
Lima
puluh lapan peratus mengatakan bahawa penyelenggaraan infrastruktur yang tidak
cekap, sementara 72.8 peratus lagi mengatakan bahawa kerajaan tidak prihatin
tentang isu rakyat.
Enam
puluh sembilan peratus mengatakan bahawa BN akan menang pilihan raya dengan
37.5 peratus mengatakan bahawa BN akan menang 2/3 majoriti, manakala 32.1 lagi
berkata BN menang majoriti mudah.
Dari
segi Dun pula, 54.1 peratus akan dimenangi oleh BN, 14.4 peratus akan dimenangi
oleh PAS, manakala 3 peratus lagi akan mengundi PKR.
Dari
segi undi Parlimen pula, 57 peratus mengatakan BN akan menang, 20.6 peratus
memilih PR sementara itu 22.4 peratus tidak pasti.
Antara
sebab-sebab kenapa rakyat memilih BN kerana interaksi antara Perdana Menteri
(PM), Datuk Seri Najib Tun Razak melalui media sosial seperti Twitter dan
Facebook, serta dasar-dasar mesra rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
dan sebagainya.(TMI)
BN perlu berusaha untuk mendapatkan semula Selangor dan Kedah.
ReplyDeleteKalau Perak boleh dirampas semula oleh BN, tidak mustahil kedua2 negeri Selangor dan Kedah akan dapat diambilalih lepas ni.
ReplyDeleteKrisis air Selangor pasti menjadi salah satu isu yang boleh mengalahkan PR.
ReplyDeleteJika dapat melakukan yang terbaik maka tidak mustahil ini boleh berlaku.
ReplyDeleteBuktikan kepada rakyat yang mana Kerajaan BN mampu memberikan yang terbaik.
ReplyDeleteKerajaan selama ni berusaha untuk rakyat
DeleteTidak hairan juga sekiranya rakyat di Selangor dan kedah memberi mandat kepada kerajaan BN pada PRU13.
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) stands a good chance of recapturing states currently controlled by the opposition in the coming 13th General Election.
ReplyDeleteIt was not the voice of the BN. Neither did the findings discriminate any party, he said.
ReplyDeleteAhmad Bashah said, what Datuk Seri Najib Tun Razak achieved since becoming prime minister, had garnered the people's trust as they wanted a government which could secure their well-being.
ReplyDeleteThis forecast is based on findings by several universities nationwide, and spearheaded by the National Council of Professors.
ReplyDelete