Oleh
: CLARA CHOOI
KUALA
LUMPUR : Pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak
seharusnya merasa mereka kebal di sisi undang-undang berikutan dengan keputusan
mahkamah memberi status sah kepada kumpulan tersebut, kata menteri di Jabatan
Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, sambil menyatakan mereka
masih lagi melanggar undang-undang ketika berhimpun.
Nazri
juga berkata, sementara keputusan Mahkamah Tinggi harus dihormati, pemimpin
Bersih 2.0 harus diingatkan tentang kesalahan mereka yang lepas.
“Mereka
mesti tahu perbezaan ini. Mahkamah hanya memutuskan yang mereka adalah
pertubuhan yang sah,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider semalam.
“Tapi
tak bermakna mereka tidak melanggar undang-undang pada masa mereka berhimpun,”
kata beliau lagi.
Pemimpin
Umno itu berkata Bersih 2.0 telah melanggar undang-undang yang baru digubal,
seksyen 27 Akta Polis kerana menganjurkan perhimpunan haram 9 Julai tahun lalu,
dan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011 dengan perhimpunan pada 28 April yang
lalu.
Pemimpin
Bersih 2.0 semalam gembira dengan keputusan semalam apabila Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur menolak tindakan Putrajaya dengan mengisytiharkan kumpulan
tersebut sebagai haram, mendakwa mereka kini sah dari segi undang-undang untuk
menuntut perubahan sistem pilihan raya di Malaysia.
Peguam
dan aktivis, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mengetuai NGO dengan 82 tersebut,
memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia sangat berpuas hati dengan
keputusan itu, menambah bahawa dia sememangnya memahami undang-undang negara.
Bersih
telah menganjurkan tiga perhimpunan umum setakat ini sejak tahun 2007 untuk
proses pilihan raya yang lebih adil, dengan menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR), yang menerima kritikan kerana berat sebelah dengan parti pemerintah
Barisan Nasional (BN).
Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada tahun lalu mengisytiharkan
Bersih 2.0 sebagai haram dan telah menahan ramai anggota dan penyokongnya,
menyebabkan hampir 1,600 orang telah ditahan menjelang dan selepas 9 Julai.
Penggunaan
kekerasan ini bagaimanapun menyebabkan pentadbiran Najib menerima kritikan
antarabangsa serta video yang didakwa sebagai keganasan polis yang tersebar di
Internet menyebabkan kerajaan terpaksa menutup laman web tersebut.
Selain
menubuhkan Jawatankuasa Parlimen untuk melihat tuntutan Bersih 2.0, Kabinet
Datuk Seri Najib Razak juga memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman yang
membenarkan perhimpunan awam, yang menjadi perkara penting sepanjang beliau
menjadi Perdana Menteri.
Akta
baru ini melarang “perhimpunan berarak”, di mana ia berlaku pada 28 April atau
“Bersih 3.0” telah berlaku, selain di tempat yang tidak diwartakan sebagai
tempat untuk “perhimpunan aman”.
Polis
telah menerima arahan mahkamah sebelum 28 April untuk menghalang penunjuk
perasaan dari memasuki Dataran Merdeka, tempat yang dipilih untuk bantahan
tersebut.
Semasa
perhimpunan itu, beberapa penyokongnya telah menceroboh penghadang walaupun
Ambiga dan penganjur perhimpunan mengarahkan agar akur dengan undang-undang dan
berada di luar kawasan larangan.
Ini
menyebabkan huru-hara selama empat jam dan polis anti-rusuhan telah melempar
gas pemedih mata dan air kimia untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sementara
beberapa pegawai mengejar mereka di sekitar bandar raya.
Akibatnya
ramai yang tercedera sementara banyak perniagaan telah rugi, kerosakan harta
awam serta jalan-jalan di Kuala Lumpur seperti di tempat pelupusan sampah,
penuh dengan botol, baju, kasut dan batu-bata.
“Jadi,
ini tidak bermakna Bersih 2.0 tidak salah. Ada bezanya di sini. Mereka
melanggar undang-undang, Akta Polis, Akta Perhimpunan Aman. Mereka tak boleh
mengatakan mereka benar,” kata Nazri.
Beliau
mengingatkan pemantau pilihan raya yang walaupun dengan keputusan Mahkamah
Tinggi hari ini, kerajaan masih lagi mempunyai kuasa untuk merayu untuk
mengubah keputusan.
“Terpulang
kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kedua pihak, ada hak untuk merayu,” kata
beliau lagi.
Bersih
2.0 telah memberitahu Putrajaya agar tidak merayu keputusan tersebut,
sebaliknya memulangkan segala barang yang dirampas tahun lalu ketika kumpulan
itu diisytihar haram.
Mereka
juga mahu kerajaan untuk tidak menggunakan anggota awam untuk menentang mereka
di mahkamah, kerana membazirkan wang rakyat. (TMI)
No comments:
Post a Comment