Oleh : ASPAN ALIAS
SERONOK jika menjadi orang
penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan kronisma seperti di negara ini.
Salahlaku pun boleh dilakukan kerana penggubal dasar dan pelaksana melakukan
kerja yang sama dan tidak ada pihak lain yang boleh melakukan 'check and
balance' terhadap mereka.
Tidak ada apa-apa yang boleh
menegah mereka melakukannya kerana penggubal dasar yang sepatutnya memerhatikan
pelaksana melakukan kerja yang baik, sekarang sedang bersekongkol untuk
melakukan kerja hina itu bersama-sama.
Anak-anak kepada pemimpin
dan orang besar yang bergelar dan bernama lah yang mendapat keuntungan besar
dan labanya dalam sistem kronisma yang berlarutan dalam pimpinan negara pada
masa kini.
Suzi Suliana, anak kepada
bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hasan adalah di antara yang sangat
beruntung kerana pengaruh dan kuasa dalam sistem kita ini.
Suzi Suliana, anak kepada
bekas Setiausaha Negara, Sidek Hasan yang kini menjadi Pengerusi Petronas
adalah salah seorang yang mendapat laba kekayaan melalui perniagaan yang 'monopolistic'
apabila beliau telah mendapat anugerah membekalkan tenaga solar yang di berikan
oleh Sustainable Development Authority of Malaysia (SEDA) dan Suliana dijangka
akan menerima keuntungan sebanyak RM70 juta setahun sebagai pembekal 32 peratus
tenaga solar kepada keperluan negara.
Sebagai seorang penjawatan
awam utama negara, Sidek telah menggunakan pengaruh di atas kedudukan beliau
itu untuk memberikan pertimbangan dan keputusan untuk mendapatkan anaknya
sebagai orang istimewa dan diberikan perniagaan yang 'monopolistic' ini dan
tentunya ia bercanggahan dengan slogan rakyat di dahulukan pencapaian
diutamakan.
Suliana tidak mungkin dengan
mudah mendapat keistimewaan ini jika bapanya Sidek Hasan hanyalah seorang
pemandu lori FELDA Angkut yang membawa minyak kelapa sawit ke kilang-kilang
penapis FELDA di Jengka Pahang.
Walaupun 12 syarikat yang
berkaitan dengan Suzi ini hanya ditubuhkan dua tiga minggu sebelum tamat tempoh
permohonan itu, Suzi telah mendapat begitu besar laba daripada kedudukan
bapanya yang menjadi Ketua Setiausaha Negara.
Apa yang didapati dengan
mudah oleh Suzi ini tidak ada bezanya dengan apa yang didapati oleh Datuk Seri
Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita Umno Malaysia yang sangat terkenal
itu, Shahrizat Jalil.
Saya selalu berkata jika
Shahrizat itu hanyalah seorang bidan kampung tidak mungkin Salleh mendapat
pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta untuk memelihara lembu. Dalam
isu ini RM180 juta telah di gunakan untuk membeli kondominium-kondominium mewah
dimerata-rata tempat diseluruh dunia.
Baru-baru ini terdedah satu
lagi cerita George Kent yang telah mendapat kontrak RM1.8 billion semata-mata
kerana hubungan akrab empunya syarikat itu dengan Perdana Menteri Najib.
Pemberian kontrak kepada George Kent itu memaksa Pasarana untuk membatalkan
pemberian kerja kontrak itu kepada Belfour Beatty pada bulan januari tahun ini
yang bernilai hanya RM1.1 billion.
Lepas satu pendedahan,
timbul pula sat pendedahan lain dan semuanya berkaitan dengan mereka yang berkuasa.
Mirzan Mahathir yang menguasai syarikat arak San Miguel Filipina juga mendapat
keistimewaan dengan menggunakan Petron Philippines yang dikuasai sepenuhnya
oleh San Miguel untuk membeli syarikat Exxon Mobil dengan harga yang murah dan
seterusnya memaksa MAS untuk mendapatkan bahan bakar dari Petron dan bukannya
dari Petronas lagi.
Terlalu banyak pendedahan
tentang tindakan merompak yang dilakukan oleh anak-anak pemimpin-pemimpin kita
dihadapan mata kepala rakyat yang sedang berperang dengan kenaikan harga barang
utama seperti gula, tepung dan beras yang kesemua bahan-bahan ini dibekalkan
secara 'monopolistic' oleh kroni-kroni pimpinan negara.
Semuanya ini merupakan
rompakan yang dilakukan oleh gulungan kolar putih. Tetapi pada hakikatnya
merompak itu tetap merompak dan telah dilakukan disiang hari dan terbuka.
Bagi saya semua rompakan ini
tidak ada bezanya dengan perompak kolar biru seperti yang dilakukan oleh Botak
Chin tiga puluh tahun lalu. Pendeknya tidak ada bezanya diantara Botak Chin
dengan perompak-perompak kolar putih yang sedang dilakukan oleh pimpinan Umno
dan BN itu.
Satu lagi kata-kata sinonim
yang kita dengar sekarang ini; iaitu Umno itu Botak Chin, Botak Chin itu Umno.
Mengundi Umno samalah seperti mengundi Botak Chin berkolar putih ini.
Jika semasa Botak Chin
mengganas dahulu semua orang mengunci pintu dan tingkap untuk menjauhi Botak
Chin itu, kali ini wajar rakyat menutup segala ruang untuk Botak Chin berkolar
putih ini untuk terus melanun dan merompak. Itu boleh kita lakukan semasa PRU
nanti.
No comments:
Post a Comment