Wednesday 18 July 2012

DUN SABAH GUNA TV INTERNET?




KOTA KINABALU : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sedang mengkaji kemungkinan menggunakan kemudahan TV Internet untuk membolehkan orang ramai menonton persidangannya, kata Speakernya Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata langkah itu adalah sebahagian daripada program transformasi yang sedang dikaji untuk dilaksanakan DUN berkenaan.

Di samping itu, kata beliau, kegiatan menjelajah bandar raya Kota Kinabalu mungkin ditambah dengan lawatan berpandu ke Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.

"Pelancong akan berpeluang melawat premis ini dengan diiringi pemandu lawatan. Ini juga adalah sebahagian daripada transformasi DUN Sabah," katanya ketika melancarkan laman web rasmi Dewan Undangan Negeri Sabah di sini Rabu.

Salleh berkata satu mesyuarat akan diadakan dengan pihak berkuasa berkaitan Jumaat ini mengenai lawatan berpandu ke bangunan berkenaan seperti kawasan yang boleh dimasuki orang ramai. (Bernama)

No comments:

Post a Comment