KOTA KINABALU : Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sabah sedang mengkaji kemungkinan menggunakan kemudahan
TV Internet untuk membolehkan orang ramai menonton persidangannya, kata
Speakernya Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Beliau berkata langkah itu
adalah sebahagian daripada program transformasi yang sedang dikaji untuk
dilaksanakan DUN berkenaan.
Di samping itu, kata beliau,
kegiatan menjelajah bandar raya Kota Kinabalu mungkin ditambah dengan lawatan
berpandu ke Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.
"Pelancong akan
berpeluang melawat premis ini dengan diiringi pemandu lawatan. Ini juga adalah
sebahagian daripada transformasi DUN Sabah," katanya ketika melancarkan
laman web rasmi Dewan Undangan Negeri Sabah di sini Rabu.
Salleh berkata satu
mesyuarat akan diadakan dengan pihak berkuasa berkaitan Jumaat ini mengenai
lawatan berpandu ke bangunan berkenaan seperti kawasan yang boleh dimasuki
orang ramai. (Bernama)
No comments:
Post a Comment